I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, June 15, 2013

#Hospital.

Assalamualaikum

110613. 08.15am.
Seperti yang dah dipersetujui sebulan yang lepas [sebenarnya dah lebih sebulan], hari ni abah masuk hospital semula sebab esok nak buat ERCP [kut. rasanya. nama dia. kalau tak silap]. Saya tak tahu, saya bukan doctor. Tapi dah berapa ramai kat hospital tu ingat su doctor. Tang mana gaya doctor pun tak tahu la haha

120613. 12.30pm.
Dekat dua jam su tunggu abah. Sorang2. Menggigil. Sejuk. Beku dekat bawah tu. Nurse suruh ambil selimut kalau sejuk sangat. Dah tak mampu nak bergerak. Nervous pun ada jugak. Eh takut lah duduk tunggu sorang2. Memanglah ada orang lain, nurse, doctor, tapi tak kenal. Kalaulah ada seseorang yang dikenali boleh temankan su.

Dalam pukul 2 lebih, pintu dah bukak. Jumpa doctor, dia kata tak boleh buat. Hah?!! Tak boleh?? TERjerit depan doctor. Mau tak terkejut. Dua jam tunggu. Ingat dah selesai. Doctor kata next week, Monday kena buat operation jugak. “Your dad ni terlalu agresif”. Another doctor, “the stone is very big.” Yes, I know the stone is big sebab tu dulu tak boleh buat. Ingatkan dah boleh lah sekarang. Kalau next Monday and buat operation, mesti abah tak nak.


130613.05.00pm
Doctor kata nak buat operation esok pagi. Dah buat ujian darah, jantung, x-ray, etc.

140613.09.30am
Dah tukar jarum besar sebab nak operation. Abah pun dah puasa dari malam tadi. Tahu apa jadi? Tiba-tiba nurse datang, “Maaf pakcik, ada berita buruk. Tak jadi operate hari ni.” Eh biar betul?!! Marah. Geram pun ada. Macam main-main je. Su datang pukul 7 pagi, dah jumpa doctor dan memang dia kata operation hari ni. Abah pulak bila dah tahu tak buat operation hari ni, terus nak balik. Memanglah su dengan kak long pun nak je bawak abah balik. Buat apa lama lama dekat hospital tu.

Operation bawak ke jadual asal, hari isnin. So memang lah abah nak balik sangat kan. Tak sabar sampai dah tukar baju pagi tu. Padahal discharge petang sempat tunggu kak long balik kerja. Haha semangat abah nak keluar hospital. Sebenarnya kan, memang abah tak boleh keluar lagi. Doctor tak bagi tapi su mintak jugak. Sebab masalahnya, abah kata dia tak boleh tido, tangan bengkak, sakit2 kena cucuk, amik darah, etc. Lagi pun, abah memang tak nak makan makanan hospital. Tak selera katanya. Nak balik jugak, nak makan mak masak. Ok lah kita balik!

Ini su yang makan. Kalau tak, membazir. 
Nak suruh jamah, rasa sikit pun abah tak nak camne nak duduk hospital untuk sehari dua lagi

150613.09.00am
Breakfast pun dah makan macam-macam abah ni. Tahu la dekat rumah. Hehe. Esok dah kena masuk hospital balik. Kesian abah. Kalau dah selesai semua semalam kan bagus. Tu pun dah bising tak nak buat operation. Tapi bila dia cakap macam tu je, su ingatkan abah dalam badan dia tu ada stent. Tak kan nak biar je kat dalam tu, tak takut ke. Hehe. Terpaksa cakap macam tu. Kalau tak dia kata nak buat rawatan tradisional tak nak operate. Yelah, bayangkan 13hb tu doctor dah bagitahu semua, nak operate macam mana, nak kena bius berapa lama, nak kena potong besar mana, hish tak ke takut dengar macam tu. Kalau su pun boleh cancel! Cepatlah. Jangan tangguh2 lagi. Abah tu karang tiba-tiba dia tak nak buat camne. Bukan senang nak pujuk tu. Degil macam anak dia jugak haha.

16hb masuk hospital semula. InshaAllah 17hb buat operation.

Mohon doa.



0 comments: