I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, June 3, 2013

The Wedding. 18 & 19 May.

Assalamualaikum

18 Mei 2013, Sabtu
Dewan Taman Cempaka


Hari ni su pergi majlis perkahwinan teman blogger su aka my ‘blogmate’ yang su belum pernah jumpa personally or in real life, Ezma. Ok la sebenarnya su macam pernah nampak Ezma dalam tren masa balik kelas tapi tak tegur pun beliau sebab takut salah orang.. Tapi bila su confirmkan dengan dia ada tak dia naik tren di hari itu, ya memang betul lah dia rupanya. Masa tu su balik dengan Sharmala. So memang tak dapat nak tegur Ezma sebab borak je dengan Sharmala. Haha alasan nih. Disebabkan hari tu dah jumpa tapi tak reti reti nak tegur, maknanya nak kena pergi jugalah kan majlis dia. Kad cantik ada gambar Ezma and suami pun dah sampai. Tak baik lah orang dah jemput tak pergi kan.

Jadi disebabkan su tak ada boyfriend or husband or teman tapi mesra [pun boleh haha] makanya su buat satu post dekat facebook mencari siapa yang sudi menemani su untuk ke majlis Ezma. Bukan facebook je, dekat twitter pun dah membebel jugak. Sebab dah habis list number kawan-kawan dalam fon su try call or sms semuanya tak free. Memang dah lama benda ni jadi masalah. Nak pergi kenduri kahwin kawan-kawan tak ada teman.

Pernah satu hari mak suggest suruh cari boyfriend. Cari yang betul betul. Amboi mak…tak sabar nak dapat menantu lagi ke. Haha. Ya memang dah ada yang meng-offer kan diri, tapi tapi tapi…haish susah lah nak cakap. Dia ni kalau ajak teman, mesti on anytime je ni. heheh

Tapi tak pe lah..su pun dah biasa pergi mana-mana pun sorang-sorang. So memang tak jadi masalah dah. Dulu dulu memang lah macam segan semacam je kan. Hahaha tapi orang kata apa, alah bisa tegal biasa. Eh tapi masa kenduri Ezma ni, ada lah orang yang temankan su =)




19 Mei 2013, Ahad
Dewan Taman Cempaka

Esoknya, ahad su pergi dewan yang sama sebab ada jemputan lagi. Di tempat yang sama tapi pengantin lain lah ya. Ha hari ni su pergi sorang sebab su dapat jemputan dari kawan su merangkap adik pengantin aka Qida. Mak guard yang dekat dewan tu pun pandang lain macam je. Semalam su bergambar sakan depan dewan tu dia tengok je pastu gelak gelak. Haha. Hari ni dia nampak muka su lagi. Mesti pelik je. Hahaha




Tak kesah lah kan janji su datang. Orang dah undang tak baik tak pergi. Kalau ada alasan yang kuat takpelah, tapi kalau setakat malas, segan, malu etc tu tak patutlah ya. Kecil hati tuan rumah nanti.

Apa-apa pun terima kasih Ezma dan Qida untuk undangannya. Semoga pengantin berbahagia dan diberkati Allah selalu, dikurniakan zuriat yang soleh solehah =)  

0 comments: