I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 5, 2013

#Hospital. Lagi.

Assalamualaikum

160613.
Sambut hari bapa di hospital. Selamat hari bapa to Abah. We love you so much, dunia akhirat : )

Happy Father’s Day! Kemain tau kek abah colour pink haha


Sebelum operation, sebelum kena puasa, makan kek dulu! 


Potong kek dengan Pak Usu. Time melawat petang tu Pak Usu datang with family


Cousins and family masa kat hospital


170613.
Hari operation. Abah masuk dewan bedah pukul 9.30 am. Su ikut masuk sekali sampai dalam dewan bedah tu tapi sampai situ je la. Nak masuk lagi ke dalam memang tak boleh dah. Kalau boleh pun memang tak sanggup nak masuk kut. Ni menyebok ikut nurse dua orang ni tolak abah masuk dalam ni pun dah rasa ngilu semacam je dah kenapa haha

Jadi, su tunggu lah kejap dekat depan dewan bedah tu. Tengok orang lalu lalang. Pintu lif bukak je, tengok orang dalam lif. Orang dalam lif pun tengok kita. Eh segan lah pulak. So turun bawah pergi café. Abah mesti lama lagi kat dalam tu.

Tiba-tiba mak sms. “Angah dekat bawah lagi ke? Abah dah keluar ke belum?” Okies, I go check my abah since puan besar dah tanya. Hehe. Dalam pukul 12 lebih, belum keluar lagi. Pukul 2 petang, nampak seseorang yang dikenali keluar dari lif. My uncle! Fuh lega. Punyalah pelik perasaan duduk sorang-sorang kat situ.

Finally pukul 3.25 pm, su nampak dua orang nurse tadi. Ha mesti abah dah nak keluar ni. Apa lagi, laju je ikut nurse tu tapi tak dapat masuk tunggu kat luar je. Hee..takpe takpe walaupun dalam hati ni dupdapdupdap Tuhan je tahu.

Dan…bila nurse tolak abah keluar je dari dewan bedah tu, terus pandang muka abah. Eh dah sedar. Tapi belum sedar betul betul lagi la. Lepas tu su nampak pulak tiub [yang ada darah bersambung dari perut. Hoih!] etc. etc. Errr… ni dah siap operate ke belum nii.. Haihh risau+takut punya pasal campur nervous yang tak semena-mena, su pergi tanya nurse tu macam macam padahal bukannya dorang tahu pape pun. Haha

Tiba-tiba sorang nurse ni tengok something yang diletakkan sekali dengan file and tah pape lagi dekat abah masa dorang tolak abah nak masuk lif. Eh su pun nak kena menyebok jugak la kan. Rupanya, batu! Ya, tu la batu yang menjadi punca kepada kesakitan abah dan kerisauan kami selama ni. Apa yang terkeluar dari mulut saat tu, “Besarnya!!!” dengan suara yang boleh dikategorikan sebagai satu jeritan […yang comel] Heheh

Gambar batu boleh tengok dekat fb su.

Satu jam lepas pembedahan. Baju semua nurse dah tukar. Sebab su memang tak dapat nak tolong abah tukar baju macam biasa. Teramatlah takutnya melihat tiub-tiub yang ada. Sumpah ngilu.



Dua minggu abah duduk hospital. Dua minggu jugak la su ulang-alik hospital tiap-tiap hari. Masa baru lepas operation hari tu, tunggu jugaklah malam malam tido hospital buat pertama kali dalam hidup. Hehe. Bergilir dengan adik su. Dan buat pertama kali tu jugaklah berlakunya satu insiden yang sangat menakutkan. Bunyi macam cerita misteri. Tapi bukan.

Malam tu, macam biasa lah tido tido ayam je. Abah pun nampaknya tak boleh tido. Kejap mintak naikkan katil, kejap turun, kejap nak bantal, kejap letak bantal dekat kaki, kejap nak buang air, kejap nurse datang kacau, kejap lagi bunyi tapak kaki security guard lalu lalang..heheh camane la abah nak tido. Itu yang dia tak suka duduk hospital tu.

Nak dijadikan cerita, katil abah dekat dengan tingkap. Tiba-tiba su dengar bunyi bising dekat tingkap tu. Pukul 4 pagi. Ok memanglah su nampak. Nampak ada patient nak lari keluar terjun ikut tingkap tu. Lepas tu dia berusaha nak masuk balik. Dan masa tu lah security guard yang lalu nampak. Berlakulah kekecohan bila security tu jerit panggil nurse sampai semua patient pun tengok. Yang su pulak, terkejut+panic tak yah cakap la. Kalau lah dia terjatuh dari tingkat 5 tu, memang takde harapanlah nak tengok matahari esok pagi.

Dan sepanjang abah dekat hospital, su ada lah kenal dengan sorang mak cik ni. Sangat ramah orangnya. Dia jaga anak dia yang kebetulan sama wad dengan abah. Anak dia dah hampir sebulan dekat hospital tu. Masih muda, umur 25 belum kahwin so mak cik tu lah yang jaga dan tunggu anak dia. Selalu su tengok mak cik ni menangis. Boleh dikatakan setiap hari. Selalu dia bercerita dengan su pasal anak dia. Ya lah, mak mana tak sedih kalau tengok anak sendiri terlantar tak boleh bangun. Apa yang su tahu, anak dia ada kanser dan semakin teruk sebab dah merebak ke hati. Ha macam tu la. Anak dia ni pulak jenis senyap je. Kalau sakit pun diam. Pernah satu hari su nampak anak dia menggigil teruk. Tak dapat su bayangkan perasaan mak cik tu tengok keadaan anak dia macam tu.

Pertama kali su jumpa dia dekat surau hospital. Masa tu adalah beberapa orang lagi dalam surau tu yang memang dah kenal dengan mak cik ni. Ada sorang kakak, lepas solat masa berdoa dia menangis. Dan mak cik tu pun bertanyalah dekat dia, bagi nasihat dan kata-kata semangat. Daripada apa yang su dengar, anak kakak ni sakit leukimia. Su ingat lagi, mak cik tu bagi kata-kata semangat walaupun masa tu dia sendiri sangat perlukan perkara yang sama. Luaran mak cik ni memang nampak kuat dan tabah. Tapi bila anak dia sakit depan mata dia, memang tak mampu nak tahan air mata. Kasih seorang ibu, subhanallah. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anak mak cik dan ketenangan hati kepada mak cik.

Teringat abang long afiq cakap, kita yang sihat ni kena la bersyukur. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang sakit dekat hospital tu, betapa besarnya nikmat hidup sihat ni. Memang sejak berulang-alik hospital, macam-macam benda su belajar. Macam-macam hikmah su dapat. Belajar muhasabah diri. Kalau rasa kita sedih, risau…sebenarnya ada lagi orang yang lebih berkali ganda sedih dan risaunya dari kita. Yang paling penting, jaga orang sakit kena banyak sabar. Sabar yang benar-benar sabar.

Apa pun, pengalaman jaga abah masa dekat hospital memang tak mungkin su dapat lupa. Sangat bermakna. Melibatkan perasaan perasaan aneh, jumpa dan kenal ramai orang, tengok karenah manusia yang banyak ragam - yang tabah, yang kuat, yang ingat Tuhan, yang sangat membantu, yang kurang waras, yang menjerit sakit tengah2 malam, dan peristiwa-peristiwa pertama kali dalam hidup.

Alhamdulillah abah dah ok. Semakin sihat walaupun still bertampal-tampal lagi. Cuma kena jaga makan lah sekarang ni. Dan…abah dah berhenti merokok sejak masuk hospital April hari tu. Tengok, apa yang jadi mesti ada hikmahnya.

Oshin tumpang lalu...
Gambar kurang sopan oshin. Harap maaf  

 Su bagi abah gambar ni bila dah lama sangat abah dekat hospital.
Dah rindu oshin katanya. Anak bongsu dalam keluarga ni mau tak rindu. Hahaha


0 comments: