I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, September 3, 2013

#2 Raya

Assalamualaikum


Untuk tahun ni, buat pertama kalinya kami sekeluarga beraya di KL pada hari raya yang pertama. Selalunya tiap tiap tahun akan balik kampung beberapa hari sebelum raya. Mesti. Wajib. Haha. Tapi tahun ni tak dapat sebab kak long beraya di Melaka. Jadi disebabkan mak nak balik kampung dengan kak long dan abang long, so kena lah tunggu diorang. Raya pertama kami beraya dengan mak usu sekeluarga yang dah sampai pagi raya tu. Kebetulan, mak usu pun tak balik beraya ke Johor tahun ni. Jadi takde lah scene sedih sedih ke apa sebab ramai dan meriah jugak raya dekat rumah walaupun buat pertama kalinya beraya tanpa kak long dan tak balik rumah wan dan atok. Heheh

 Birthday cake & hantaran cake

Raya ketiga, kami balik Jerantut with mak usu and family. Balik beraya dengan wan dan atok yang dah lama tak jumpa. Sempat jugak singgah rumah pak cik walaupun balik sekejap je. Mak cik siap buat mee kungfu I tell u. Berkungfu lah kitorang tengah2 hari tu haha

Sempat bergambar kat tepi highway

Balik dari kampung, sesi beraya diteruskan lagi dengan mak usu sefamili. Hehe. Family kitorang memang agak rapat ya. Selalu kalau nak konvoi banyak kereta ni, family su and mak usu mesti ada.

Raya seterusnya, kami ke rumah nek ngah dan tok ngah di Selayang. Lepas tu terus ke rumah onyang (moyang) di Balakong. Dari Balakong, beraya rumah mak usu dekat Putrajaya. Ingatkan dah habis la. Sekali tak habis lagi ya. Haha. Malam tu nenek saudara call suruh pergi rumah dia dekat Kajang. Haaa memang beraya sakan lah gayanya kan. Dah tengah malam baru sampai rumah. Bawak budak2 tu (anak2 mak usu semua tido kat rumah su) hehe

Kat rumah nek ngah kat Selayang

17hb – Majlis pertunangan cousin, kakak saudara su yang kitorang panggil kak de awin. Akhirnya, lepas jadi pengapit kak long hari tu, kini giliran pengapit pulak naik pelamin. Eheh. Tahniah kak de! 


Sebelum acara penting, muka nervous tu. Heheh

Berseri-seri. Sorang seri bakal pengantin. Yang lagi sorang seri ibu mengandung

Cincin dah tersarung di jari 

Saranghae!

All the girls with mom

All the girls with dad – pak ngah & pak de
Abah pakai baju batik, ensem ensem

With family mak de

Disebabkan 18hb adalah hari lahir kak long dan 19hb hari lahir best friend kak de, so kak de pun buat surprise birthday celebration untuk kak long and kawan dia masa majlis pertunangan dia hari tu. Kitorang pun terkejut, bukan birthday girl je yang terkejut haha


Kek rainbow dibuat khas oleh kak long naim.
Boleh check it out dekat fb – Ayong’s Delight kalau nak order

Acara potong kek bersama-sama

Dan… kalau nak tahu, hari tu su ada cakap pasal another wedding in the family kan. Hah WEDDING KAK DE AWIN lah tu. She’s part of the family what. Hahaha. Not me okay. Belum masanya lagi…belum belum : ) [nak tunggu joo won datang meminang memang entah bila lah kan KAHKAHKAH]

21hb – Sesi gathering dan beraya bersama rakan2 baik su masa sekolah menengah aka geng betik. Haha. Siap ada nama geng lagi tu jangan tak tahu. Dorang plan nak datang beraya rumah su. Disebabkan jadual masing2 clash, so terpaksalah datang malam. Asalkan datang. Janji dapat kumpul balik geng betik 4 orang ni dah cukup. Dah lama tak jumpa Huda. Bertahun-tahun dah oi. Ryn and Yana memang wajib lah ada. Borak sakan. Gelak sakan. Su gelak sampai nangis kau. Hahaha macam nak roboh rumah. Dan… ada berita baik nak bagitahu. Yana dah jadi tunangan orang. Afiq, kawan sekolah kitorang jugak. Ala anak cikgu tuu hehehe 

tak....saya tak juling hahaha

haish mata ni degil betul taknak pandang camera dah kenapa

25hb – Celebrate birthday kak long dan abang long. Dua2 lahir bulan ogos. E’eh macam berjanji pulak ya. Yang penting, anak buah sulung kena lahir bulan mei ok. Hahaaha. So macam open house jugak lah hari tu. Ramai yang datang sebab mak masak nasi ayam. Nasi ayam mak kegemaran ramai, resepi rahsia yang sangat sedap sampai boleh makan tanpa henti. Hahaha serius tak tipu.




Sekian sahaja cerita raya tahun ni.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56! MERDEKA!

p/s - tahniah kepada roommate saya, izan yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 17 ogos lalu. cantik sangat izan. macam sherry ibrahim :P




0 comments: