I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, November 26, 2013

Majlis Pernikahan & Perkahwinan Sepupu [16 Nov 2013]

Assalamualaikum

Kakak saudara su [merangkap my business partner also known as kak de awin in the family] telah pun selamat melangsungkan pernikahan beliau pada 16hb yang lalu. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja kak de telah pun bergelar isteri kepada abang de sayuti. [mak suka sangat nama abang de ni, kak de sila baca. eh mak usu pun suka HAHAHA]

Majlis berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi meriah dengan majlis pernikahan pada sebelah pagi dan disusuli dengan majlis meraikan pengantin pada sebelah petang. Walaupun hujan lebat, tak putus2 tetamu datang. Makin lebat hujan, makin ramai yang sampai.

Sehari sebelum majlis, memang sebok lah kami kami ni kan [kami kami merujuk kepada mak ngah’s family and also mak de’s family hehe]. Dengan bantuan daripada kawan kak de, iaitu kak yan [chinese girl tapi masa kak de nikah, dia siap pakai tudung I tell you sweet giler dan tetiba nama dia jadi nurul ain haha] kitorang pun berjaya menyiapkan candy booth and guestbook booth tengah malam tu jugak walaupun masing2 datang dah lewat. Yelah, jumaat tu memang hari orang kerja lagi kan.

Tengah sebok dengan doorgift. Nasib baik dapat dinding haha

Masa ni jalan keluar dah ditutup oleh kak ngah liza, so terpaksa lah duduk diam2 kat situ tapi tangan tak boleh diam sebab banyak lagi belum isi

Kak ngah liza yang tudung biru-pink-purple, gambar dari belakang je eheh sorry kak ngah [sebenarnya macam tak selesa panggil kak ngah, macam panggil diri sendiri je hehe]

Homemade chocolate [made by kak long naim] belum masuk dalam paper bag

Dah siap! 


Dalam kotak, atas kotak, atas kerusi, bawah meja, atas meja. Penuh!

Ibu mengandung tolong susun hantaran depan pelamin

Sebab malas nak berinai, ambik gambar dengan pokok inai pun jadi laaa 

Tumpang pelamin jap ehh..kita pun nak rasa jugak hehehe

Pengantin and siblings
Tahniah kak de and abang de!

Ehem nak jugakkk 

With teha and icha

And qila

Bride’s cousin. Ini memang pengantin yang buat sendiri. 

Dan kek pengantin, macam biasa mestilah kak long naim yang buat


Akhir kata, selamat pengantin baru kak de dan husband. Semoga berbahagia dunia dan akhirat. May Allah bless!


Teringat pulak video klip Lee Seung Chul - My Love tu. Tengok banyak kali tak jemu jemu dah kenapa hahaha

p/s - masa majlis nikah kak de hari tu, eh rasa macam nak kawin jugak. mengada tau! 


3 comments:

Daisy Biru said...

kak ngah, masukkanla lagi gamba. nak tgk gamba yan tu. hehe. ni buat kat mana. tak dapat datang hari tu, kursus

eLiza nABILah said...

baru tengok mv lee seung chul tu..sweet giler kot su..haha..

Belleza~ said...

Kak Lia : kak ngah takde gambar dah kena tggu gmbar photographer pulak heheh. ni buat dekat homestay. lupa pulak nak tulis


Eliza : haa kan?? sweet sgt :D