I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, December 20, 2013

I Read I Learn.

Assalamualaikum

Hari tu pergi Mid Valley semata nak jalan jalan tengok buku dekat MPH. Dah lama sangat tak masuk kedai buku since tamat belajar. Big Bad Wolf Book Sale tu tak masuk cerita ya. Eheh. Berjam-jam jugaklah bertapa dalam MPH tu tak keluar-keluar. Sebab dah bertapa bertahun segunung intan kat dalam tu la hanya satu buku sahaja yang berjaya dibeli akhirnya.

Tada!




Anthem by Hlovate.
My favourite writer/novelist ever.

Walaupun identiti beliau sangatlah mysterious, but still she’s one of the best. Confident je she is she. Hehe. Tapi berdasarkan novel2 beliau yang semuanya telah pun berada di dalam koleksi, I’m sure she’s a girl.

Dan macam biasalah, ingatkan kita lah orang pertama yang beli hasil karya terbaru Hlovate ni. Sekali tengok cetakan ke-10 dah kau. Keluar pun bulan September. Apa ke die-hard fan namanya kalau begini. Buat malu je hahaha

Eh tak kisahlah. Janji dah dapat. Dah habis baca. Dah muhasabah diri jugak. Hehehe. Rugila kalau tak dapat apa-apa lepas baca kan. Novel Hlovate ni sebenarnya boleh jadi novel ilmiah plus tarbiah yang berguna tahu. Cubalah baca kalau tak percaya. Su dah baca sejak zaman asasi kut. Eh ke zaman sekolah. Eh yeke.. Tahla. Tapi memang dah lama sangat dah. Entah macam mana boleh terbeli secara tidak sengaja. Lepas tu, buat promosi dekat kawan2 suruh baca novel Hlovate sampai ada yang tanya su, “Hlovate ada keluar novel baru tak?”

Eh I dengan Hlovate belum jadi member lagi. Hahaha

Ok sudah. Mari tengok apa yang buat su bersemangat je lepas baca novel beliau yang ni.

 “Kalau nak hasil, kena usaha. Untuk berusaha, namanya perlu melawan tali-tali yang mengikat daripada terus maju ke depan. Usaha yang bukan main-main. Usaha yang melawan susah dan payah, usaha yang sampai lelah.”
-M/s 510.Anthem.Hlovate.

Dan tentulah banyak lagi benda2 lain yang entah macam mana boleh kena terus hidung sendiri. Macam nak menangis pun ada. Sungguh la…

Lepas beberapa hari su pergi bertapa bertahun segunung intan dekat MPH hari tu, rajin pulak kaki ni nak ke book store lagi. Mula2 rasa nak pergi Kinokuniya, KLCC [tempat kerja part time dulu2 eheh] tapi tetiba tak rajin pulak nak pergi jauh2. Lalu langkah kaki dihala menuju ke Popular, Ampang Point [keluar ayat novel pulak dah kenapa]

Dan su jumpa lagi satu novel tarbiah yang memang best I tell you.

Tada! Lagi sekali..


Tuhan Lebih Saintifik
Tulisan Dr. Farhan Hadi

Cerita tentang fahaman dan kepercayaan masyarakat – Islam, Ateis dan Kristian.
Bantu kita untuk lebih faham Islam dan muhasabah diri banyak-banyak lepas tu. Sungguh cakap ni tak tipu.

Dan novel ni satu-satunya novel yang su bawak ke hulu ke hilir dan baca dekat mana pun su pergi. Tak sabar nak habiskan. Sebab lepas baca 1 mukasurat, kita rasa macam nak tahu sangat the next page cakap apa. Tak boleh tunggu. Haa macam tu lah menariknya novel ni. 

Tapi tak boleh lah nak cerita semua kat sini. Kena lah beli kalau nak tahu. Hehe

Ok lah. Nanti su update lagi!

Tata. Bye bye. Adios. Salam. 

2 comments:

Daisy Biru said...

no. i think hes aboy. i mean hlovate

Belleza~ said...

hehehe
mungkin jugak :D