I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, May 18, 2014

SAYA JUAL SHAWLS

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu! Duduk rumah kalau tak buat apa apa, asyik online je kan apa kata cuci mata tengok new shawls and tudung bawal dekat blogshop su ni. Hehehe. Ambik sikit ruang dekat blog untuk berniaga dan promote apa yang patut. Silalah datang jenguk jenguk atau share dengan kawan kawan ya su punya kedai online ni. Terima kasih! May Allah bless you! =)


**************************************


COTTON WIDE SHAWL 

90cm X 180cm

RM10 [EXCLUDE POSTAGE]
POSTAGE : RM6 SM / RM9 SS

*Actual colour may slightly vary due to lighting conditions and screen colour restrictions.


WhatsApp and SMS ONLY : +60103699053
E-mail : suraizashawls@gmail.com
Website : gojesshawlcollection.blogspot.com
Instagram : @gojesshawlcollection



























BAWAL CORAK 

RM12 [EXCLUDE POSTAGE]
POSTAGE : RM6 SM / RM9 SS

*Actual colour may slightly vary due to lighting conditions and screen colour restrictions.

WhatsApp and SMS ONLY : +60103699053
E-mail : suraizashawls@gmail.com
Website : gojesshawlcollection.blogspot.com
Facebook fanpage : www.facebook.com/gojesshawlcollection
Instagram : @gojesshawlcollection









Website : gojesshawlcollection.blogspot.com
Facebook fanpage : www.facebook.com/gojesshawlcollection
Instagram : @gojesshawlcollection



Tuesday, May 6, 2014

Second Post of The Year

Assalamualaikum

Kerinduan terhadap blog dah mencapai tahap tertinggi. Sebab dah lama private, rasanya takde orang nak datang baca dah kut. Kut lah. Haha. Kalau ada, Alhamdulillah. Masih ada yang sudi singgah. Walaupun hanya cerita sendiri. Luahan kata hati. 

Bertemankan lagu lagu korea yang jiwangs, eloklah kita mulakan menulis. Mode jiwang on. Haha takde kaitan pun dengan cerita sebenarnya. 

Masa baru baru private-kan blog ni hari tu, ramai pulak yang tanya. Siap mintak link blog, kut kut dah tukar url. Eh memanglah tak sangka. Ada jugak yang baca rupanya. 

Lepas tu, yang paling tak sangka.. Previous post adalah post pertama tahun ini. Eh rasa macam baru je lagi. Rupanya dah berbulan tak membelog. Post pertama 2014 adalah pada hari jadi ke 25. Sungguh tak kusangka.

Dan dah dapat anak buah yang pertama. Haruslah update di belog. Nanti baby dah besar boleh la baca blog ummi. Okay Aniq? Jangan tak baca. Lahir pada 7 April 2014 (awal dari tarikh sepatutnya - 11 April). Tak sabar sangat nak keluar agaknya. 

Nama : Aniq Ziqri bin Mohd Afiq
Berat : 3.44 kg
Waktu lahir : 8.04 am (Isnin)


8 April. Depan pintu Hospital Ampang. Nak bawak balik rumah Tok Abah and Mak Wan.
Dah update dekat Instagram gambar ni.


Atas pangkuan Tok Abah
Masih ada rambut. Jadi masih hensem.


Masa ni baru beberapa jam melihat dunia.
Ramai cakap mata sepet, nampak gemuk dan besar, belum kecut HAHA


Baru sampai rumah. Sedap tidur


A
ANIQ ZIQRI nama saya


Hari cukur rambut dan tahnik.Seminggu lepas lahir.


Dah kehilangan rambut 


Baby Aniq with ummi!
Macam macam orang panggil - mak ngah lah, mak ngah ja lah, ummi ngah la, ummi ja la...
HEY! Ummi, Aniq. Ummi. Just call me ummi. OK?


Semoga membesar menjadi anak soleh buat papa mama and keluarga. Ummi love you! Mmmuaahhhh

Monday, May 5, 2014

I am 25!



by #TextCutie

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Segala puji untuk yang layak atas setiap kurnia-Nya. Segala puji bagi Allah, yang menghidup dan mematikan. Yang mencipta dan meng-adakan. Maka wujud lah Siti Suraiza Shaari di dunia yang sementara ini.

Alhamdulillah.

Terima kasih tak terbalas buat Emak sayang yang melahirkan, Abah sayang yang membesarkan, kak long abang long, ira, dan anak buah baru lahir sebulan - Aniq Ziqri tersayang tercinta yang telah menghantar ucapan selamat hari lahir [walaupun mama yang cakapkan kekeke]. Also, mak usu and cousin. I love you all forever and ever!!!!! *hug*

Dan terima kasih tak terucap buat sahabat rakan kawan kenalan di alam nyata mahupun alam maya yang sudi mendoakan dan me-nge-wish [*amboi manglish sangat] selamat hari lahir, hari jadi, ulang tahun kelahiran, happy birthday dan juga bornday kepada diri ku ini. Tak kira lah SMS, whatsapp, facebook, twitter, instagram. Semuanya sangat sangat dihargai termasuklah Maxis and Digi. KAHKAHKAH. Dapat caller ringtone free lah, SMS free lah, call free lah.

Alhamdulillah.
I am officially 25 years old and single. HAHAHA
Sila jangan tanya bila nak kawin. Sila JANGAN   >.<