I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, May 6, 2014

Second Post of The Year

Assalamualaikum

Kerinduan terhadap blog dah mencapai tahap tertinggi. Sebab dah lama private, rasanya takde orang nak datang baca dah kut. Kut lah. Haha. Kalau ada, Alhamdulillah. Masih ada yang sudi singgah. Walaupun hanya cerita sendiri. Luahan kata hati. 

Bertemankan lagu lagu korea yang jiwangs, eloklah kita mulakan menulis. Mode jiwang on. Haha takde kaitan pun dengan cerita sebenarnya. 

Masa baru baru private-kan blog ni hari tu, ramai pulak yang tanya. Siap mintak link blog, kut kut dah tukar url. Eh memanglah tak sangka. Ada jugak yang baca rupanya. 

Lepas tu, yang paling tak sangka.. Previous post adalah post pertama tahun ini. Eh rasa macam baru je lagi. Rupanya dah berbulan tak membelog. Post pertama 2014 adalah pada hari jadi ke 25. Sungguh tak kusangka.

Dan dah dapat anak buah yang pertama. Haruslah update di belog. Nanti baby dah besar boleh la baca blog ummi. Okay Aniq? Jangan tak baca. Lahir pada 7 April 2014 (awal dari tarikh sepatutnya - 11 April). Tak sabar sangat nak keluar agaknya. 

Nama : Aniq Ziqri bin Mohd Afiq
Berat : 3.44 kg
Waktu lahir : 8.04 am (Isnin)


8 April. Depan pintu Hospital Ampang. Nak bawak balik rumah Tok Abah and Mak Wan.
Dah update dekat Instagram gambar ni.


Atas pangkuan Tok Abah
Masih ada rambut. Jadi masih hensem.


Masa ni baru beberapa jam melihat dunia.
Ramai cakap mata sepet, nampak gemuk dan besar, belum kecut HAHA


Baru sampai rumah. Sedap tidur


A
ANIQ ZIQRI nama saya


Hari cukur rambut dan tahnik.Seminggu lepas lahir.


Dah kehilangan rambut 


Baby Aniq with ummi!
Macam macam orang panggil - mak ngah lah, mak ngah ja lah, ummi ngah la, ummi ja la...
HEY! Ummi, Aniq. Ummi. Just call me ummi. OK?


Semoga membesar menjadi anak soleh buat papa mama and keluarga. Ummi love you! Mmmuaahhhh

0 comments: