I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, September 17, 2014

Wedding Asmazakirah. Dan Cerita Gembira.



Assalamualaikum


12 September 2014, Jumaat



Bangun pagi-pagi sambut Aniq Ziqri (kak long hantar dia before pergi kerja) dan lepastu siap-siap nak balik kampung. Kali ni balik sendiri tanpa keluarga di sisi *overnya ayat kau. Tapi tak lah nak berapa sendiri sangat sebab balik dengan kawan naik bas. Dah lama tak balik naik bas ekpress. Last naik bas pun beberapa tahun dahulu entah tahun bila pun tak ingat. Yang itu memang betul-betul bersendiri tanpa teman disisi.



Bas pukul 10 tapi dek kerana abah bimbang jammed di pagi hari Jumaat maka sampailah Pekeliling tu pukul 9 duk melangu dengar radio sambil berkaraoke dan membaca surat kabar Metro. Sempat main twitter jugak. Lepastu, ada orang whatsapp tanya dekat mana. I’m here lah. Dari pukul 9 tadi. Eh tapi tak lah jawab macam tu. Cakap dah sampai je lah. Tunggu nak dekat pukul 10 baru gerak cari bas, cari kawan. Beg dah la berat macam orang nak balik seminggu padahal two days one night je pun biasalah macam-macam nak kena bawak karang ada yang takde tak sedap hati tak seronok pulak. Kan, kan. Siapa perempuan dia tahulah perasaan meninggalkan barang yang tak sepatutnya tertinggal. 



Ok. Pendekkan cerita, terjumpalah dengan kawan dan terjumpalah dengan bas. Metro bus. Bukan surat kabar je Metro rupanya bas Metro pun ada. Duduk dalam bas senyap-senyap sampai Jerantut tumpang kawan tadi yang ayahnya ambil hantar sampai depan rumah Tok dekat Padang Piol. Alhamdulillah. Selesai satu masalah, transport. Eheh maklumlah awak ni belum berkenderaan sendiri. Mengharapkan bantuan orang je lah.



Sebenarnya, tujuan balik kampung ni sebab nak pergi majlis kahwin kawan baik su masa sekolah dulu, Asma. Kawan yang dulu pernah su ceritakan ada hubungan saudara juga lah dengan su. Pernah tumpang tidur di rumah su sebelum dia berangkat ke German dan su pun pernah tidur di rumah dia masa dia sorang-sorang di rumah, housemate semua balik kampung. Dan yang kenal su dari zaman kecik zaman sekolah, dialah. Selain tu, dapatlah jugak jenguk wan dan atok di kampung. 



Sebelum ni, su dah plan dengan seorang lagi kawan, Juliyana nak pergi majlis kahwin Asma sama-sama. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan, Jue ada hal pula pada hari kenduri Asma tu (Sabtu). Maka, malam Asma menikah (Jumaat malam) tu je la dia boleh pergi. OK. Takpelah kalau macam tu sebab su memang nak sangat pergi majlis nikah Asma. Nak dijadikan cerita, masa su dah sampai rumah tok, dah siap unpack barang semua…dah makan…dah rehat…dah setel everything, baru teringat nak mesej Jue. Tanya dia nak gerak pukul berapa sebab majlis lepas Isyak. Tapi, waktu tu la pulak tak dapat contact dia. SMS tak berbalas. Whatsapp pun senyap je. Call banyak kali tak jawab. Tension. Kecewa. Ni kalau takde Jue ni nak pergi dengan siapa ni. Hm. Hm. 



Sebab dah kecewa dan merajuk, ada kawan nak tolong hantar pun dah tak nak. Mak pun call siap pujuk pujuk. KAHKAHKAH. Overnya dirikuuuuu. Tengah tengah calling dengan mak tu, tetiba dapat call dari Jue menggunakan nombor lain. Meminta maaf dan memberitahu yang talipon dia takde kredit dan internet pun expired at the same time jadi talipon tiada di tangan kerana beliau mencampakkan sahaja talipon tu di mana-mana kerana tak berguna ketika itu HAAHAHAHAH. Dia cakap tengah cuci kereta dan memang tak tengok hp masa tu. Sebab su dah merajuk, dan hampir hampir sahaja pulang ke KL disebabkan hal itu, *haha saja la cakap kat Jue macam tu padahal takkan lah nak balik KL pulak heheh, beliau telah menyatakan SORRY tetapi berdekah2 mengGELAKkan su jugak. HAHAHAHA!!!



Jadi, Alhamdulillah. Malam tu, semua berjalan seperti yang dirancang. Asma selamat jadi isteri kepada suami, Suhaimi. Su pun selamat pergi dan pulang dengan Jue. Ya Allah, tak tahu nak cakap betapa gembira dan seronoknya malam tu dapat jumpa Jue. Dapat kongsi perasaan dan masalah yang orang lain tak boleh faham melainkan Jue sebab dia pun berkongsi masalah yang sama dengan su. Dapat jumpa Dayah and baby. Lepastu, bergosip. KAHKAH. Gosip baik baik lah. Bukan cakap hal orang pun, cakap hal sendiri je. Cerita masing-masing yang dah kahwin, belum kahwin, ada anak, ada kerja, ada suami, etc. Dan pengantin perempuan pun terkejut sebab tak sangka su datang jugak hari dia nikah. Su pernah cakap dekat Asma, teringin nak pergi dia nikah tapi su tak cakap pun nak balik hari Jumaat tu. Petang Jumaat masa su SMS dia wish Selamat Pemgantin Baru, dia balas “jumpa esok su!” Hahah maknanya memang ‘surprise’ lah malam ni. Hihi



Majlis pernikahan dekat masjid. Masjid Felda Padang Piol tu sebelah sekolah agama su kecik-kecik dulu. Walaupun sebelah sekolah, tak pernah lagi masuk masjid tu. First time lah masa Asma nikah ni ha. Ada pulak dua pasangan pengantin nikah dekat masjid malam tu. Asma lepas pengantin yang pertama. Jadi, lewat sikitlah. Sempat borak-borak dengan kakak-kakak Asma merangkap mak dan makcik Dayah. Mak Asma pun sempat jumpa borak-borak. Family baik-baik, ramah-ramah semua. Eh senang cerita, memang su happy sangat dapat datang majlis Asma malam tu. 



Lepastu, makan dekat dewan. Yang pengantin ni nak jalan kaki je dari masjid ke dewan tu. Memanglah tak jauh sangat, tapi nak jalan kaki dengan baju pengantin tu, macam tak kena je Asma. Hahah so naik la sekali dengan kami. Dalam kereta, kecoh lah semua macam tak sangka one of our girlfriends dah jadi isteri. Wahhhh. Dah sampai dewan, sementara orang pergi makan, yang kitorang ni seboklah pergi bergambar atas pelamin. Dengan bride je lah groom takde pergi mana ntah. Lepas tu baru sampai pengantin lelaki, kitorang pulak pergi makan. Dapat lah bergambar dan posing sakan malam tu dengan pengantin. 



Tahniah Asma! Dah sah jadi isteri. And thanks Jue. Sorry sebab merajuk melebih-lebih heheheh.



Bercahaya-cahaya pengantin haaa


Tengokla kawan-kawan pengantin dekat belakang tu..ish ish


Teringat Jue, yang tiba-tiba sentimental lain macam masa pengantin solat sama-sama lepas akad nikah :) 


Us



***************************************************************


13 September 2014, Sabtu



Dah plan nak balik KL semula hari ni. After kenduri, terus balik. Disebabkan ikut plan asal pergi kenduri dengan Jue tapi Jue tak jadi pergi, so whatsapp Farok tanya dia pergi pukul berapa ingat nak ikut dia je lah. Haha nampak macam senang je, tak jadi orang ni pergi cari orang lain. Tapi tak. Bukan macam tu. Alang-alang su dah balik kampung ni, dan susah nak bergerak sebab takde transport sendiri, mintak tolong kawan-kawan je lah. 



Sampai kenduri Asma, jumpa pulak kawan sekolah rendah Ain Amira dengan Farhana. Ain Amira ni kalau ikutkan su tak ingat sangat dia, tapi ingat nama. Nampak muka baru ingat! Dah berbelas tahun kut tak jumpa. Dayah pulak, sangat baik melayan su makan dan bergambar dengan pengantin. Asma, ya Allah cantikkknyaaaaa awak! Ish ish ish cun melecun. Lepas sign guestbook, makan, ambik gambar banyak banyak banyak haha pulanglah su ke Kuala Lumpur. Dengan jasa baik Farok menghantar su ke Jerantut dan membelikan tiket sekali. Huwaaaaa kalau takde kawan-kawan baik hati susahlah diriku nak ke hulu dan ke hilir, berjalan merata tempat. Tu pun, su dah berusaha mencari jalan bagaimana mahu pulang tanpa perlu menyusahkan Farok sebab hari tu pun balik kampung dengan dia. Dia jugak yang beli tiket balik Jerantut. Ayah dia yang hantar su sampai rumah atok. Hari Ahad tu kakak dia kahwin, kenduri pulak rumah dia. Jadi mesti dia sebok. Tapi sebab su dah tak ada pilihan, terpaksalah mintak tolong dia jugak. Lagi pun, sebelum tu dia ada cakap dia boleh tolong hantarkan. Jadi, su harap su tak menyusahkan dia.






Alhamdulillah. Selamat sampai KL dan abah dah tunggu. Ya Allah terharunya dengan semua orang yang baik baik. Tolong dari mula su nak balik kampung sampai la balik KL semula. Abah dengan Mak yang tolong macam macam dari dulu kini dan selamanya. Eheh. Pakcik dan makcik yang tunggu su balik dekat luar rumah atok masa malam Asma nikah, pukul 11 lebih dah lewat malam. Jue and Farok, yang tolong memudahkan pergerakan, pergi sana sini. Secara percuma pulak tu. Hehe. Thank you soooo much!!!



Friday, September 5, 2014

Aniq Ziqri. #1

Assalamualaikum


Perasaan mempunyai anak buah atau anak sedara atau anak menakan *betol ke heheh adalah berbeza. Berbeza dengan perasaan masa dapat sepupu baru. Maklumlah selama ni memang biasa tengok baby yang baru lahir semua sepupu. Bukan anak kepada sepupu, tetapi sepupu sendiri yang baru lahir. Memang seronok tapi excited dia lain macam dan lebih lagi bila ada anak buah sendiri ni. 


Keterujaan tu sehingga ke hari ini masih terasa. Ha kau. 5 bulan dah usia Aniq Ziqri. Kalau tak jumpa, bukan main rindu tak ingat. Tengok gambar rasa nak menangis. KAHKAH. Padahal bukan lama pun tak jumpa. Balik rumah dia je pun. Bukan jauh mana, kat Ampang ni jugak. HAhaha over betol ummi kau ni Ziqri. 


Lepas tu, tak sudah duk naik gambar dengan video kat Instagram. Dan jugak sebok whatsapp gambar Aniq dekat semorang. Macam lah kau sorang ada anak buah ya Su. Hehehehe. Sebenarnya, bukanlah Su sorang je yang excited macam tu. Abah lagi la. Selfie je memanjang dengan Aniq. Sejak dah ada facebook ni, suka la nak upload gambar dengan Aniq. Yang penting, gambar selfie! Oh Abah! Hahahhaahahaaha


Aniq pun sekarang ni, bukan main lagi. Nampak fon je, dah pandai dah dia tunjuk minat. Tangan laju je nak mencapai. Dan kalau kita nak ambik gambar dia, mata bulat pandang camera. Baby zaman sekarang. Macam langit dengan bumi, kalau banding dengan baby zaman dulu. Bijak sangat. Arrgghhh memang gerammmm!!!


Sekarang dah pandai meniarap. Excited bila nampak fon, camera dan TV. Haha. Dah suka pandang-pandang jeling-jeling oshin jugak *oshin the cat. Apa taknya, petang-petang Tok Abah bawak tengok kucing depan rumah. Paling dia tak suka, kalau dia tengah berjaga takde orang layan dia. Menjerit-jerit panggil orang ajak borak. HAHAHA 


We love you, baby! Emmuuuaahhhhhhh!!!!! *kiss *kiss


Hai hai !!


Rambut tu yang mahal tu kekeke


Ni pun hobi jugak ni, angkat kaki


Lepastu suka bawak masuk mulut. Tapi kalau mak wan nampak, habislah! Mak wan kata Aniq tak boleh ada adik lagi. Hahahaha



Thursday, September 4, 2014

Tahniah Qida & Anis :)

Assalamualaikum


Rasanya tak masuk lagi gambar Qida bertunang kat blog ni. Jadi boleh lah cerita serba sedikit pasal majlis tu. Nanti sepuluh tahun lagi boleh lah tahu bila Qida bertunang. Kut kut dah lupa ke. Hehe


Tarikh : 2 August 2014
Lokasi : Rumah Qida, Taman Dagang Ampang


Kisahnya bermula pada 31 Julai. Tiba-tiba dapat whatsapp dari Qida.

“Su.. sabtu malam nanti jemput datang rumah ya. 2hb 8.”

“InshaAllah.. Kenduri ke open house ke. Hihi”

“2 in 1. Hehe.”

“Ohh..ok. InshaAllah.”


Haa sebenarnya bila Su tanya dia kenduri ke, tu maksudnya Su dah agak sama ada majlis merisik atau bertunang. Sebab beberapa hari sebelum raya Qida datang rumah nak hantar kuih raya Su order dengan dia. Dan dia ada cerita sikit-sikit pasal beli cincin semua. Makanya haruslah su dapat meng-agak apa yang akan terjadi seterusnya. HAHAHA


Persiapan dalam masa dua hari je. Dalam sibuk sibuk kita berhari raya, dia pun sibuk jugak buat persiapan semua. 


Tahniah bff ku!!


Hantaran


Selamat dah :)


Yang itu, yang di tangan tu. Memang makanan, tapau bawak balik. HAHAHA


****************************************************


Walimah Anis pulak raya keempat dan raya keenam sebelah lelaki. Dan majlis di Kelantan. Selama ni kitorang bercita-cita nak jumpa bila masing-masing kahwin. Maksudnya, siapa kahwin dulu kita akan berjumpa di wedding orang tu. Sepatutnya Su datang wedding Anis tapi jauh dan hari raya pulak. Tak dapat Nis. Sorry sangat. Nanti, inshaAllah ada rezeki kita jumpa. Selamat berbahagia dengan suami tercinta dan selamat memulakan tugas. Semoga berjaya Doktor Anis!


Nis baik sangat whatsapp gambar kawin dia - Anis with siblings


Cantik!


Majlis sebelah lelaki kut ni. Kalau salah nanti Su betulkan balik ya Nis. hehe


Maaf lah. Mungkin berderet post pasal kahwin lepas ni. Kawan-kawan punya jemputan kahwin beratur je tu. Hehe. Musim orang kahwin sebab cuti sekolah. Cuti sekolah je orang kahwin. Orang kahwin je cuti sekolah. Hahah



Merdeka!

Assalamualaikum


Mulai hari ini, bercita-cita nak tulis entry setiap hari. *Amboi tinggi cita-cita. Haha. Ok la, walaupun bukan setiap hari, tetap nak cuba post entry sekerap yang mungkin. Kesian blog. Selalu kena tinggal lama.


Sebab kita baru je lepas sambut hari merdeka 31 Ogos hari tu kan, ada orang mintak lirik lagu tema hari merdeka tahun ni. Jadi, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 tahun, Malaysia!


Hasil bantuan google.


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob Yusof

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta

Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Source - www.liriklagumuzika.com

Ciptaan Sharon Paul
Lirik Ahmad Fedtri Yahya


Selamat hari lahir. Dan selamat hari merdeka!



Tuesday, September 2, 2014

Cerita Cinta Kita. #ehhh

Assalamualaikum


Ya Allah dah dua bulan. Haha. Betapa lamanya blog terabai. Last update, bulan 6. Dah dua bulan blog terabai dan diabaikan. Bukan bermaksud lain ya dua bulan tu. Lain macam pulak bila baca balik. Ehehehe
Alhamdulillah. Masih sihat. Makin berkembang. Cemerlang, gemilang dan terbilang. Kadang-kadang sahaja ke-tension-an dan ke-stress-an akibat terlalu bahagia duduk rumah menonton korea. Hihi


Sebab dah lama meninggalkan blog, ada jugak beberapa orang yang tanya pasal blog tak ber-update. Ingat dah takde orang nak baca. Lepastu tak tahu nak update apa, karang tak pepasal buat sinopsis cerita korea pulak. Haha. Dah ramai pun yang buat. Kan? Takyah laaaaa


Last weekend, pergi wedding kawan sekolah (smktk) dekat Hulu Langat dengan The Betique (asalnya geng betik KAHKAH). Tapi kekurangan seorang ahli geng, Azreen. Sekarang Ryn dah kerja Kerteh. Jauh. Susah la nak jumpa selalu lepas ni. Kalau dekat group wassep asyik rindu-rinduan je kami. Nanti masing-masing dah kawin, susah lah nak jumpa macam zaman single lagi ni. Yana inshaAllah tahun depan naik pelamin. Huda and Ryn pun macam nak sarung cincin dah tu. Kekeke semoga tak dibaca lah blog ni oleh mereka karang tak pepasal tahu pulak rahsia dah bocor hahah


Qida, one of my girlfriends pun dah bertunang dan inshaAllah tahun depan langsungnya. And lagi seorang, kawan sekolah dan kawan baik masa di Pahang, Asma inshaAllah dua minggu lagi.
And yes, Anis! Anis pun dah menikah. Alhamdulillah dah selamat dah raya keempat hari tu. Dapat undangan, tapi majlis di Kelantan. Tak sampai jugak. Bila lah dapat jumpa awak Nis. Tahniah!
Tajuk bukan main lagi :P haha cerita cinta kawan-kawan yang akhirnya bertunang dan bernikah. Yang dah jumpa jodoh masing-masing. Kita tumpang bahagia lah kan. Seronok dan rasa macam nak join the club je. HAHAHA


Sempena raya baru-baru ni, soalan pasal kawin bertubi-tubi sampai ke telinga. Dari yang kecik sampai la orang tua nak bertanya. Tapi apakan daya, belum ada jawapan yang pasti. Buat masa ini. Sebab bagi su, nak mendapatkan keyakinan dan kepastian tu yang susah. Susah sebab tak yakin, tak pasti. Entah tak tahu macam mana keyakinan dan kepastian tu akan datang tunjuk diri. Mungkin satu hari nanti, inshaAllah.


Hope for the best.
Wish for the best.
And pray for the best.
InshaAllah. Someday.. One fine day.



Zaman muda remaja


Kiri : Huda & Qida
Kanan : Su & Yana


Us


Wedding Khumairah aka Maira 31 Ogos 2014, Hulu Langat