I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, December 16, 2014

Everything is not easy.


source - 


Banjir Lumpur #KeKedahKeKita



Assalamualaikum


8 Dec 2014, Isnin

Kami dapat berita rumah mak teh banjir. Banjir memang perkara biasa, selalu berlaku dekat sana. Tapi kali ni banjir lumpur yang betul-betul mengejutkan seisi rumah. Air naik sampai paras kepala dalam masa yang cepat, tak sempat nak selamatkan apa-apa. Tinggal sehelai sepinggang. Memang mengejutkan semua termasuklah kami yang dekat KL ni. Masa kejadian, semua ada dekat rumah kecuali Fatin kerja. Sempatlah diorang semua naik tingkat atas. Itu pun mak teh nak turun semula ke bawah untuk cari Karmila, anak dia yang katanya sebelum tu ada bersama tapi tiba-tiba hilang. Memang menangis-nangis dah mak teh call mak usu mintak bantuan. Mak usu pulak masa tu ada dekat Miri. Buat panggilan kecemasan ke balai bomba dekat sana then disambungkan ke Kedah. Bila dah sampai dekat kampung mak teh, bomba pulak cakap tak boleh bawak masuk bot air deras. Lagi lah suspens-nya kami yang dekat KL ni. 


Rupa-rupanya, Karmila selamat ada dekat rumah jiran yang tak kena banjir. Alhamdulillah. Lega kami semua. Tu pun bomba call bagitahu dia selamat. Bayangkan lah air lumpur tiba-tiba naik masuk rumah deras pulak tu. Sekelip mata je. Macam tsunami bak kata Tiara (anak mak teh). Trauma, terkejut, baju pakai, 2 kereta, motor semua habis hilang dibawa air sampai ke rumah jiran.



Fadzil Khamis ni pak cik su. Tapi gambar rumah bukan rumah dia





















































Semoga mak teh pak teh sekeluarga tabah sabar menerima ujian Allah. 

Ke Kedah Ke Kita #3



25 Oktober 2014
Assalamualaikum


Sehari selepas majlis pertunangan Fatin, kitorang ramai-ramai pergi shopping Padang Besar pulak. Memang berjalan sakan lah su pergi Kedah kali ni. Jauh sampai ke sempadan. Yang best tu, pakcik-pakcik tak ikut. Semua pergi memancing. Jadi, bolehlah shopping secara seronok dan bergembira tanpa perlu risau nak balik cepat etc. HAhahah. Konvoi tiga kereta. Tu pun nak balik barang penuh jugak. Bayangkan, pergi pagi balik malam. Hahaha shopping sakan



Ini su jumpa dekat Padang Besar je tempat lain takde 



Tomyam pedas giler tapi sedap giler. Dengan adanya sotong udang segala bagai seafood di dalamnya, balik malam tu rasa nak tertanggal hidung terbersin tanpa henti hahaha



Kembar tapi tak serupa. Tak boleh berpisah kalau dah berjumpa




Periuk belanga ni mak pesan suruh beli bebanyak. Su cakap, "InshaAllah kalau muat kereta" hahaha memang tak muat pun. Penuh!



Nurfatiha Natasya



Karmila Qistina



Tersenyum bersama hasil-hasil tuaian. Hahahaha



One of our drivers, bergaya dengan kacamata hitamnya. Eheh



Cousins






Tok Wi Char Kuey Tiow, Perlis. 
Kali pertama makan terkena gatal gatal melampau pada kulit naik bintik bintik merah macam chickenpox huwaaaa takut macam nak pergi hospital je gayanya. 
Kali kedua pergi makan sini, tak order dah hahaha tahu serik


  


Ke Kedah Ke Kita #2



18 Oktober 2014
Assalamualaikum


Tahun ni nampaknya banyak kali pula su ke Kedah. Eh tapi memang su suka pun. Suka sesangat sampai rasa nak pergi menetap duduk tinggal dekat Kedah sana. Kena cari suami orang Kedah ke ek?? HAhaha merepek. Tapi sungguh la dah jatuh hati dengan keindahan kecantikan kehijauan keamanan dan kedamaian suasana dekat sana. Rasa tak nak balik!


Lagi sekali pergi Kedah bulan ni tapi bukan dengan family. Pergi dengan mak usu and family. Sebab kali ni Fatin (cousin su) nak bertunang. Jadi, su pergilah bagi bantuan apa-apa yang perlu. Wakil keluarga. Sebab family su tak dapat pergi, semua dah takde cuti dah. Majlis bertunang tu sebenarnya 24hb, seminggu sebelum majlis su dah sampai sana dah. Alang-alang tu kan, biarlah pergi lama-lama sikit bolehlah bercuti tenangkan fikiran dan perasaan. Giteewwwww hahahahaha


Nasib baik lah jugak cousin su lagi sorang ni, Tiara tengah study week minggu tu. Dapatlah jugak keluar jenjalan ke Sungai Petani, Alor Setar, Uitm Merbok, Amanjaya Mall, merata lah tempat kitorang merayap. Teman mak teh pergi Pekan Rabu beli tepak sirih, pergi survey baju pengantin, eh macam-macam lagi lah aktivitinya. Tolong diorang buat preparation untuk majlis tu la senang cerita. Tu yang seronok tu. Sebab kalau orang nak kawin ke, tunang ke, memang suka sangat nak menyebok. Janganlah ditanya mengapa. Hehehe


Tersangatlah banyak gambar. Jadi silalah bersabar wahai diriku untuk mengupload gambar beserta caption-nya sekali. Tapi tak dapat lah upload semua, mau jem jugak laptop ni karang haaa.



 Sebelum pergi Kompleks Pekan Rabu, pagi tu sempat lagi mak teh buat biskut semperit ni ha dah la cantik colourful sedap pulak tu





 On the way nak ke Alor Setar, singgah kedai makan dekat Pantai Murni makan cendol yaAllah sedapnya mak teh belanja pulak tu mau tak sedap kekeke



Dah sampai Pekan Rabu, Tiara merangkap driver terhormat sepanjang masa. Dia belajar dekat Alor Setar ni mestilah tahu semua tempat dekat sini



Menara Alor Setar   



       Kucing-kucing makan secara berjemaah. Makan nasi dengan ikan rebus tau. Mewah! Kucing kat rumah su pun tak makan macam ni




Sirih junjung hasil gubahan mak lang. Yang kelakar, su dengan ara kena cari bunga pinang (putik buah pinang tu) dekat tepi jalan sepanjang Lembah Bujang. Dah la tak tahu rupa macam mana benda yang nak dicari. Main agak je. Berhenti tepi jalan, melintas jalan, pergi tengah jalan raya dengan pegang pisau, semata nak ambik bunga pinang tu. Lepastu, kena hon dengan motor kereta yang lalu-lalang. Hahaha pelik ke apa orang tengok agaknya



 Haa hantaran ni mak su yang buat. Kitorang sponsor sejadah ni untuk hantaran. Siap gubah and bawa ke Kedah bulan lepas



Sebenarnya nak tunjuk yang su ikat reben kat kotak kek ni. Tu je. KAHKAH *ikat senget-senget ada hati nak tunjuk jugak



Gambar kek dalam kotak yang diikat reben tadi tu



Hantaran dari pihak lelaki. Garam. Ha memang kitorang pun pelik jugak. Tapi adat orang Perlis katanya. Lelaki bagi garam, perempuan balas gula.



Roti jala untuk kenduri petang tu. Tukang buat - mak usu and mak lang




Menu untuk kenduri. Rojak buah pun ada!



Selamat bertunang, Fatin!



Sebelah Fatin, yang tunjuk jalan tu mak teh. Belakang, dua orang tu pengapit. Patutnya nak sarung cincin dalam bilik, tapi dah suruh keluar sebab orang nak tengok.



Dah sarung cincin. Jadi tunangan orang dah Fatin.



Tiga beranak. Ara, Fatin and Mak Teh



Fatin and family Mak Usu



Ara with Mak Cik Ju and Mak Cik Ani *diorang memang tinggal dekat Kedah. Ramai jugak saudara dekat Kedah ni. Boleh lah kut nak berhijrah dan cari kerja dekat sana. Eheh



Karmila and Arif. Arif ni semenjak dua menjak ni suka pulak dia whatsapp dengan su borak-borak. Haha nampak je kecik. Besar dah sepupu su sorang ni rupanya



Irdina!!! Mula-mula malu sangat, tapi lama-lama bukan main manja lagi dengan kita ni. Yang buat peace, Damia budak kecik yang nakal haha



Yang tengah tu Anati, adik pengantin merangkap mak andam dan jugak jurumekap kakak-kakak makcik-makcik dia masa kenduri hari tu heheh



 Tahniah Fatin. Dah langkah bendul kak ngah ni. Huwaaaaa



Ara, nanti kita sanding sama-sama lah nak?? Ehh eh eh. Hahahahah



Dina comel. Rindu!







26hb su balik KL. Lama betul duduk Kedah. Lebih seminggu. Tak sangka boleh survive tanpa drama-drama Korea kegemaran, tanpa line internet dan telefon *susah nak dapat line dekat rumah mak teh sebab dekat kaki Gunung Jerai, and yang paling penting tanpa ANIQ ZIQRI. Hahaha