I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, December 16, 2014

Banjir Lumpur #KeKedahKeKita



Assalamualaikum


8 Dec 2014, Isnin

Kami dapat berita rumah mak teh banjir. Banjir memang perkara biasa, selalu berlaku dekat sana. Tapi kali ni banjir lumpur yang betul-betul mengejutkan seisi rumah. Air naik sampai paras kepala dalam masa yang cepat, tak sempat nak selamatkan apa-apa. Tinggal sehelai sepinggang. Memang mengejutkan semua termasuklah kami yang dekat KL ni. Masa kejadian, semua ada dekat rumah kecuali Fatin kerja. Sempatlah diorang semua naik tingkat atas. Itu pun mak teh nak turun semula ke bawah untuk cari Karmila, anak dia yang katanya sebelum tu ada bersama tapi tiba-tiba hilang. Memang menangis-nangis dah mak teh call mak usu mintak bantuan. Mak usu pulak masa tu ada dekat Miri. Buat panggilan kecemasan ke balai bomba dekat sana then disambungkan ke Kedah. Bila dah sampai dekat kampung mak teh, bomba pulak cakap tak boleh bawak masuk bot air deras. Lagi lah suspens-nya kami yang dekat KL ni. 


Rupa-rupanya, Karmila selamat ada dekat rumah jiran yang tak kena banjir. Alhamdulillah. Lega kami semua. Tu pun bomba call bagitahu dia selamat. Bayangkan lah air lumpur tiba-tiba naik masuk rumah deras pulak tu. Sekelip mata je. Macam tsunami bak kata Tiara (anak mak teh). Trauma, terkejut, baju pakai, 2 kereta, motor semua habis hilang dibawa air sampai ke rumah jiran.



Fadzil Khamis ni pak cik su. Tapi gambar rumah bukan rumah dia





















































Semoga mak teh pak teh sekeluarga tabah sabar menerima ujian Allah. 

0 comments: