I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, December 16, 2014

Ke Kedah Ke Kita #1


Assalamualaikum



Hah diam tak diam dah nak masuk 3 bulan tak update. Hari tu bukan main lagi cakap nak update selalu. Heheh. Rasa macam baru je tulis pasal kenduri kahwin Asma hari tu. Bukak blog, nampak last post bulan 9. Dah masuk Disember pun. Ya Allah cepatnya masa. Hari tu terbaca dekat Twitter – akhir zaman, dah tak rasa keberkatan masa. Cepat sangat berganti siang dan malam. Cepat sangat!



Alhamdulillah, masih di sini. Masih berpeluang nak potpetpotpet dekat blog. Banyak nak story tapi tu lah dah lama sangat kejadian berlalu baru nak story-nya pun. 





20 September 2014. 



19hb bertolak ke Kedah sebab ada kenduri kahwin sepupu abah merangkap pakcik su yang juga anak kepada atok saudara su. Maklumlah belah abah memang ramai saudara-mara. Terlampau ramai. Yang tak pernah jumpa pun ada. Haa sepupu abah yang kawin ni pun muda lagi. Memang tak pernah su jumpa sebelum ni. Tapi abah kan anak sulung dalam family, lepas tu rapat jugak dengan pakcik makcik dia, jadi wajiblah pergi jugak walaupun jauh. Selalu kenduri area KL je kitorang pergi pun.



Su pulak ada makcik yang tinggal dekat Kedah (area Merbok/Yan), jadi tidur rumah makcik je lah. Buat kedua kalinya setelah beberapa tahun (sejak sekolah rendah, lama sangat dah) su sampai jugak rumah makcik su ni yang kitorang panggil Mak Teh. Seronok jangan cakap lah, bawak Aniq pulak tu jumpa Nek Teh dia. 



Walaupun trip kejap je, sempat jugak lah pergi Padang Besar menghabiskan duit. Haha. Kenduri kahwin pulak dekat Baling. After kenduri, terus pergi Perlis.



Dulu atok saudara su ni tinggal dekat Penang. Pernah lah pergi rumah dia dulu sebelum dia duduk Baling. Tapi lama sangat dah, zaman kecik-kecik dulu. Masa kakak su kawin, atok ni datang jauh-jauh dari Kedah dengan isteri dia. Jadi, haruslah kita memeriahkan kenduri kawin anak dia pulak. 



Antara gambar-gambar masa kenduri hari tu :





Aniq Ziqri masa dalam kereta on the way ke Kedah


Mak teh and Mak lang beserta anak memasing. Awet muda aunty aunty I ok hahaha


My Mum dan cucunya tercinta


Papa dan mama Aniq


Family mak teh yang tinggal di Kedah











Antara keluarga besar yang datang, jadi family reunion jugaklah hari tu




Semuanya kena tulis, kena catat, macam diari. Supaya tak lupa. Atau mungkin ada sebab untuk kita ingat nanti, peristiwa-peristiwa dalam keluarga. Sebab su mudah lupa. Haha. Dan jugak mana lah tahu keturunan nak baca nanti. Eheh. Lagipun dah lama tak berdiari, banyak dah buang. Kisah cinta monyet zaman sekolah pun ada diari tahu? KAHKAH. Buat segan je bila baca balik. Hoih kalaulah diketahui isi kandungannya, mahu kena gelak tujuh keturunan. Hahahahaha


0 comments: