I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, December 16, 2015

Aunty Su.

Assalamualaikum

Janji hanya tinggal janji. Ceh bila pulak berjanji. Haha

Ingatkan dapat lah update blog sekerap yang mungkin tapi tak ter-update juga. Takpe lah. Bila teringat kita update. Tak boleh juga tinggal lama-lama blog ni. Sayang. ^_^

KAwan-kawan ku yang bernikah sepanjang tahun lepas sudah selamat mendapat babies. Ada yang dah dapat second baby. Jadi, Alhamdulillah. Kenapa semua nak kena mintak dekat Su geng anak-anak diorang? Cis. HAha. Nanti laa. I kasi geng. Tunggu jodoh sampai dulu. Heheh. DOa-doakan laa.

Asma dapat baby girl. Sumaiyyah namanya. Sedap betul. Tapi Aunty Su belum sempat jumpa lagi. Ika dah dapat second baby. Boy pula kali ni. YaAllah, cepatlah sedar SURAIZA. Cepatlah matang. Cepatlah dewasa. Hahahhahaha macam tak sedar diri pula selama ni rasa masih remaja gitewwww :P

Tapi, ada juga kabar berita yang tak baik di samping yang baik-baik tu. Nurul, kehilangan baby dalam kandungan. Selamat melahirkan baby yang sudah tidak bernyawa. Di Hospital Ampang. Sempat jugalah Su pergi melawat dengan Kak Long hari tu. Dapat jumpa makcik pakcik juga (parents Nurul). Baby meninggal dalam perut lagi. Sudah diberi nama dan selamat dikebumikan pada malam arwah dilahirkan. Sedih baca status facebook dia. Berpantang tanpa baby. T_T  Al-fatihah.

Geng high school pula – Yana inshaAllah bulan 11 ni akan bernikah. Huda inshaAllah tahun depan. Azreen masih dengan rahsianya (rasa dah ada ni) hiks. Su? Doakan please. ^__^




p/s – Ketika entry ini di post, dah hampir 2 bulan Yana menikah dengan Afiq. Hehe. Dah berkurun menulis, updatenya tak jugak. Ni la jadinya


Thursday, June 18, 2015

Duhai Blog



Assalamualaikum

Mengharapkan tiada sesiapa yang baca. Hahaha

Ada lagi ke orang baca personal blog sekarang ni. Macam semua orang sibuk dengan instagram je. Upload sekeping gambar, pastu kau bebel la berjela panjang macam tulis blog pun takde siapa nak halang. Mudah dan cepat. Tapi sebab blog ni dah wujud sejak azali *bagi su la haha haruslah update jugak walaupun jarang. Nanti rasa menyesal tanpa sebab pula. Su pun kalau ikutkan yaAllah banyaknya benda nak story nak kena tulis dekat sini tapi apakan daya tak tertulis juga. Jarang dah bukak blog. Nak mengarang ayat pun rasa susah. Dah kenapa laaaa

Niat awal-awal dulu masa mula-mula ada blog adalah untuk meluah perasaan. Yelah, su ni jenis senyap tak banyak cakap. Nak bercerita masalah ke apa dengan orang yang tak rapat memang tak mungkin lah kan. So, tulis je la membebel marah orang ke rasa tak puas hati semua lempar dekat blog. Kadang-kadang kawan sendiri pun bukan boleh faham apa yang kita rasa. Dia kan, kalau benda tu dah jadi dekat diri sendiri, kena kat batang hidung sendiri baru kau tahu rasa. Kalau tak, kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan. *tetibaaa hahaha

Selalunya, waktu hari lahir mesti ada entry pasal birthday kan. Alhamdulillah dah 26 tahun yet still single. Huahua. Dah kenapa nak kena bagitahu jugak single ke married. Haha. Ada je orang [kawan lama] acah-acah ajak kawin. Hoih ada ajak kawin kat facebook. Datanglah rumah kita bincang-bincang. HAHAHAHAHAHAAA *janganla kau baca tetiba sok sampai rumah tak ke haru heheh

Alhamdulillah belum sampai lagi pressure jiran tetangga makcik mak-mak sedara punya pertanyaan dan persoalan bila nak kawin tu ke tahap menyampah level tinggi. Masih boleh masuk lagi kalau ada orang nak tanya. Eheh. Walaupun, duk hadap jugak laa tiap waktu dan ketika tak kira masa. Bayangkan bukan time kenduri-kendara je, jiran lama sebelah rumah tapi sekarang dah pindah Shah Alam, hari tu datang rumah tetiba sangat, “Angah bila ngah? Teringin nasi minyak angah ni”. Err masa birthday Aniq, kitorang takde la booked catering ke apa, masak sendiri je. Tukang masaknya siapa lagi kalau bukan su. Hihi. Makcik N [jiran], tanya siapa yang masak semua ni. Bila mak cakap su yang masak, apa lagi. Terus dia kata, “Ha dah boleh kawin lah tu kak ngah.” Sambil gelak-gelak. Err kalau nak ikut kebolehupayaan memasak tu, dari kecik dah boleh kawin lah kalau macam tu. Huahuahua

Pakcik makcik dekat whatsapp pun selalu jugak. Kalau tetiba naik cerita pasal kawin tu, mesti kita lah kena dulu. Cousin yang muda 4 tahun pun nak kawin dah tahun depan. Mahu tak bertubi pertanyaan. Makcik siap pesan, cari la orang jauh sikit. Langkawi ke Terengganu ke. Boleh hantar pengantin sambil pergi shopping. Haha. Makcik ku. Cemana lah nak jadikan ianya satu realiti. Nak cari suami ni, bukan nak cari barang. Masa birthday lagilah. MashaAllah T___T

Doa-doakan lah. Sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan keizinan dan pertolongan Allah jua. (^_^)


Wedding Nurul.


Assalamualaikum


1/5/15 – 2/5/15


Kawan sekolah rendah SKPP kawin sanggup turun Jerantut naik bas. Balik KL dengan Ainaa sebab kebetulan Ainaa pun ke wedding kawan dia di Jerantut juga. Alhamdulillah mudah betul perjalananku pergi dan pulang. Balik pun bawak macam-macam, dengan nasi minyak lauk kenduri bunga telur sambal hitam. Fuh! Pertama kali makan sambal hitam. Walaupun orang Pahang sejati. Hahaha. Terpegun dengan kesedapannya. Family pengantin sangat best, happening and friendly. Kejap-kejap suruh makan. Mesti sebab tengok su sekeping sangat takut tak cukup makan. Huahua


Nak tunjuk gambar je ni. Jadi pengapit punya pasal. Heheh.

Dengan family pengantin



MAjlis persandingan 



Majlis pernikahan & malam sebelum kenduri




Sebab jadi pengapit kan, kena lah ada gambar berdua



 Tahniah Nurul dan Azlan. 
Selamat menempuhi alam rumahtangga dan selamat berbahagia hingga ke syurgaNya.





Salam Ramadhan 1436H :)



Assalamualaikum

18 Jun 2015 / 1 Ramadhan 1436H

Alhamdulillah. Bertemu Ramadhan lagi kita tahun ni. Jom, meriahkan dengan ibadah bukan juadah. Heheh. Jadikan Ramadhan kali ni sangat-sangat bermakna. Moga-moga ibadah kita diterima Allah swt. InshaAllah.




Friday, April 10, 2015

Berkongsi Gembira.

Assalamualaikum

Kalau dulu, sebolehnya nak cerita pasal benda happy happy je. Kengkonon tak sedih atau kecewa langsung. Padahal masa tu baru lepas nangis. Tapi tulis blog ke post status facebook or twitter atau instagram tunjuk happy je sentiasa. Perasaan macam tak nak tunjuk atau cerita atau bagi tahu orang kau tengah sedih atau kecewa atau merana.

Hah kenapa.

Sebab ada orang suka dengan kesengsaraan dan kesedihan kita. Jadi post lah yang gembira-gembira supaya orang lain merasa jeles dengan kegembiraan kita. TAKKKKKK. Bukan begitu.

Supaya orang lain mendapat aura dan kesan-kesan POSITIF daripada post atau status gembira bunga-bunga yang kita muatnaik. Jadi apa salahnya berkongsi gembira? Jangan tahu nak sakitkan hati orang je. Faham kan? : )



Friday, April 3, 2015

URL. Nak tukar. Tapi..

Assalamualaikum

Bercita-cita nak tukar url or link blog ni daripada sitisuraiza|blogspot kepada url lain yang tidak menggunakan nama sendiri. Dah lama wujudnya cita-cita ni tapi tak tercapai dek kerana masih sayang. Kalau tukar, nanti susah lah secret admirer yang dulu tu nak datang baca lagi. HAHA. Bukan ini sebabnya.

Sayang.

Kalau google nama sendiri, automatic tersembul link blog ni dekat search engine. Macam senang. Eh memang senang sangat kalau orang nak cari nak stalk or nak whatever. Erghhh. Tak best. tapi masalahnya ada ke orang nak stalk. KAHKAH

But I believe, memang ada.

Tapi nak tukar, SAYANG.
Pfftttt  

Friday, March 27, 2015

That Somebody.



Assalamualaikum

Seronoknya kalau ada orang boleh bantu dan pimpin serta bimbing diri ini ke arah yang lebih baik.  Cause, you know.. I can’t do this alone. Seriously, feel like I really need somebody. To talk to. Ketawa bersama. Menangis bersama. Berharap mati pun bersama.

Laa TERnyanyi lah pulak

I have my family, friends.. I know. but I need you too. Wherever or whoever you are, please come faster. Err ni bukan ayat desperate. Tolonglah. *tangan kat bahu mata pandang atas * HAHAHA

Semasa entry ini ditaip..
Ya, diriku sedang mengenali seseorang. Seseorang yang perlu aku bawa namanya di dalam istikharah. Pesan seorang kawan, “istikharah su”. Akan tetapi, masih belum kulakukan. Sebab takut, macam mana kalau memang dia. Belum dapat dibayangkan.

I’m not ready!! Pulak dah.

Dan juga, belum terbuka hati.
Susahnya.



Friday, March 20, 2015

I’m Sorry.



Assalamualaikum

Entah kenapa jadi sangat annoying lately. Rasa nak marah memanjang. Rasa macam jadi perengus. Err dengar kat mana tah perkataan tu. Macam… itu tak kena, ini tak kena. Like seriously, marah orang lain, orang lain yang kena. Padahal marah dekat diri sendiri.

Kut.
Entahlah.

Hmm.. dah lama tak update jadi macam ni la gamaknya. Lama tak meluahkan perasaan. Pendam memanjang. Sekali meletop habis semua orang kiri kanan depan belakang kena. Tak ada siapa yang faham. Memang rasa diri ini sangat annoying sejak dua menjak ni. Arghhh help me!

I miss me, myself yang dulu.
Huwaaa what’s wrong with me.

Maaf sebab jadi sangat annoying dan menyampah dan mengada. :’(



Thursday, March 12, 2015

Huda’s Engagement Day

Assalamualaikum


11 Januari 2015.


Sorang lagi member geng betik [sekarang dah upgrade jadi BETIQUE GANG] HAHAH jangan tak tahu ni geng time sekolah dulu ni, dah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati. Huda! 2nd member of the gang got engaged. 


Yana yang pertama bertunang dan ada entry pasal beliau sebelum ni. Macam not fair lah kan kalau pasal orang lain bertunang semua ada dalam blog. Sorry Huda dah bulan March baru nak update kat blog. Maklumlah bukan main jarang lagi update blog sekarang. 


11 Januari tu juga adalah tarikh hari lahir Huda, our bride-to-be. Jadinya, memang senang lah nak ingat hari bertunang kan tak payah tulis dalam buku ataupun save dalam reminder phone nak ingat anniversary pertunangan. Hehe. Tahniah Huda! 


Lepas tu macam berangan, tahun ni punya birthday dah cantik dah kalau nak ‘save the date’ tu > 5/5/2015. HAHAHA


Tinggal dua orang lagi ni. Su and Ryn. 


Rasanya Ryn dulu lah kut. 
Su macam lambat je lagi heheh