I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, April 10, 2015

Berkongsi Gembira.

Assalamualaikum

Kalau dulu, sebolehnya nak cerita pasal benda happy happy je. Kengkonon tak sedih atau kecewa langsung. Padahal masa tu baru lepas nangis. Tapi tulis blog ke post status facebook or twitter atau instagram tunjuk happy je sentiasa. Perasaan macam tak nak tunjuk atau cerita atau bagi tahu orang kau tengah sedih atau kecewa atau merana.

Hah kenapa.

Sebab ada orang suka dengan kesengsaraan dan kesedihan kita. Jadi post lah yang gembira-gembira supaya orang lain merasa jeles dengan kegembiraan kita. TAKKKKKK. Bukan begitu.

Supaya orang lain mendapat aura dan kesan-kesan POSITIF daripada post atau status gembira bunga-bunga yang kita muatnaik. Jadi apa salahnya berkongsi gembira? Jangan tahu nak sakitkan hati orang je. Faham kan? : )



Friday, April 3, 2015

URL. Nak tukar. Tapi..

Assalamualaikum

Bercita-cita nak tukar url or link blog ni daripada sitisuraiza|blogspot kepada url lain yang tidak menggunakan nama sendiri. Dah lama wujudnya cita-cita ni tapi tak tercapai dek kerana masih sayang. Kalau tukar, nanti susah lah secret admirer yang dulu tu nak datang baca lagi. HAHA. Bukan ini sebabnya.

Sayang.

Kalau google nama sendiri, automatic tersembul link blog ni dekat search engine. Macam senang. Eh memang senang sangat kalau orang nak cari nak stalk or nak whatever. Erghhh. Tak best. tapi masalahnya ada ke orang nak stalk. KAHKAH

But I believe, memang ada.

Tapi nak tukar, SAYANG.
Pfftttt