I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, April 10, 2015

Berkongsi Gembira.

Assalamualaikum

Kalau dulu, sebolehnya nak cerita pasal benda happy happy je. Kengkonon tak sedih atau kecewa langsung. Padahal masa tu baru lepas nangis. Tapi tulis blog ke post status facebook or twitter atau instagram tunjuk happy je sentiasa. Perasaan macam tak nak tunjuk atau cerita atau bagi tahu orang kau tengah sedih atau kecewa atau merana.

Hah kenapa.

Sebab ada orang suka dengan kesengsaraan dan kesedihan kita. Jadi post lah yang gembira-gembira supaya orang lain merasa jeles dengan kegembiraan kita. TAKKKKKK. Bukan begitu.

Supaya orang lain mendapat aura dan kesan-kesan POSITIF daripada post atau status gembira bunga-bunga yang kita muatnaik. Jadi apa salahnya berkongsi gembira? Jangan tahu nak sakitkan hati orang je. Faham kan? : )



0 comments: