I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, June 18, 2015

Duhai Blog



Assalamualaikum

Mengharapkan tiada sesiapa yang baca. Hahaha

Ada lagi ke orang baca personal blog sekarang ni. Macam semua orang sibuk dengan instagram je. Upload sekeping gambar, pastu kau bebel la berjela panjang macam tulis blog pun takde siapa nak halang. Mudah dan cepat. Tapi sebab blog ni dah wujud sejak azali *bagi su la haha haruslah update jugak walaupun jarang. Nanti rasa menyesal tanpa sebab pula. Su pun kalau ikutkan yaAllah banyaknya benda nak story nak kena tulis dekat sini tapi apakan daya tak tertulis juga. Jarang dah bukak blog. Nak mengarang ayat pun rasa susah. Dah kenapa laaaa

Niat awal-awal dulu masa mula-mula ada blog adalah untuk meluah perasaan. Yelah, su ni jenis senyap tak banyak cakap. Nak bercerita masalah ke apa dengan orang yang tak rapat memang tak mungkin lah kan. So, tulis je la membebel marah orang ke rasa tak puas hati semua lempar dekat blog. Kadang-kadang kawan sendiri pun bukan boleh faham apa yang kita rasa. Dia kan, kalau benda tu dah jadi dekat diri sendiri, kena kat batang hidung sendiri baru kau tahu rasa. Kalau tak, kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan. *tetibaaa hahaha

Selalunya, waktu hari lahir mesti ada entry pasal birthday kan. Alhamdulillah dah 26 tahun yet still single. Huahua. Dah kenapa nak kena bagitahu jugak single ke married. Haha. Ada je orang [kawan lama] acah-acah ajak kawin. Hoih ada ajak kawin kat facebook. Datanglah rumah kita bincang-bincang. HAHAHAHAHAHAAA *janganla kau baca tetiba sok sampai rumah tak ke haru heheh

Alhamdulillah belum sampai lagi pressure jiran tetangga makcik mak-mak sedara punya pertanyaan dan persoalan bila nak kawin tu ke tahap menyampah level tinggi. Masih boleh masuk lagi kalau ada orang nak tanya. Eheh. Walaupun, duk hadap jugak laa tiap waktu dan ketika tak kira masa. Bayangkan bukan time kenduri-kendara je, jiran lama sebelah rumah tapi sekarang dah pindah Shah Alam, hari tu datang rumah tetiba sangat, “Angah bila ngah? Teringin nasi minyak angah ni”. Err masa birthday Aniq, kitorang takde la booked catering ke apa, masak sendiri je. Tukang masaknya siapa lagi kalau bukan su. Hihi. Makcik N [jiran], tanya siapa yang masak semua ni. Bila mak cakap su yang masak, apa lagi. Terus dia kata, “Ha dah boleh kawin lah tu kak ngah.” Sambil gelak-gelak. Err kalau nak ikut kebolehupayaan memasak tu, dari kecik dah boleh kawin lah kalau macam tu. Huahuahua

Pakcik makcik dekat whatsapp pun selalu jugak. Kalau tetiba naik cerita pasal kawin tu, mesti kita lah kena dulu. Cousin yang muda 4 tahun pun nak kawin dah tahun depan. Mahu tak bertubi pertanyaan. Makcik siap pesan, cari la orang jauh sikit. Langkawi ke Terengganu ke. Boleh hantar pengantin sambil pergi shopping. Haha. Makcik ku. Cemana lah nak jadikan ianya satu realiti. Nak cari suami ni, bukan nak cari barang. Masa birthday lagilah. MashaAllah T___T

Doa-doakan lah. Sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan keizinan dan pertolongan Allah jua. (^_^)


0 comments: