I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, March 31, 2016

Kupendam Sebuah Duka Yang Tak Dipendam Lagi. Eh!



Assalamualaikum


Post yang ke-2 untuk tahun ni. Alhamdulillah masih ada lagi rupanya pemilik blog ni ya. Heheh. Ya Allah sekejap je dah 27 tahun. Walaupun belum official 27 tapi tu lah kalau orang tanya otomatik je cakap 27. Tuanya! OMG!!! ;p


Setelah beberapa tahun hidup dalam tekanan [ecewah tekanan la sangat, kau jangan macam-macam] huahua, akhirnya ada juga keberanian nak cerita dekat blog. Sebenarnya, su ni bukan lah sejenis yang suka cerita benda-benda tak best. Selalu share cerita menarik dan positif sahaja. Ya lah, bukan tak tahu. Ramai sebenarnya yang suka kalau kita tak happy, sedih, kecewa, frust menonggeng ke apa. Kan? Ok lah. TAK SEMUA. Ramai juga yang happy kalau kita happy dan rasa bahagia kalau kita bahagia. Alhamdulillah tahniah kalau anda ada rasa yang macam tu. Seronok kalau orang lain seronok dan tumpang bahagia atas kebahagiaan orang lain.


Su cakap macam ni sebab ada je manusia yang spesies pendengki ni. Dia kan, memang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia. Tak lebih pun dia tak suka. Sebab memang wujud juga orang macam ni, kesian kadang-kadang tengok dia. Tak sudah dan tak habis-habis nak mengenakan orang. Seronok agaknya tengok orang sakit hati. Minta-minta dijauhkanlah sikap macam ni yaAllah.


Kita ni memang nampak macam takde perasaan kadang-kadang. Su tak suka tunjuk apa yang su rasa, buat pertama kali. Tapi kalau dah berkali-kali, minta ampun dan maaf kalau terkena sedas dua dari hatiku yang dah lama menyimpan dendam. Ehhh bukan! Menyimpan perasaan. Haa mulut ni kenkadang tak bayar insurance juga. Jadi maaflah!


Su selalunya tak ambil kisah sangat apa orang nak kata.
Lantak engkau lah.
Tapi tu lah, jangan banyak-banyak kali.
Sekali dua, I’m okay.
Jangan melebih-lebih. Tak pasal kena debik pulak nanti.


Kita ni sebenarnya dah cukup stress nak melawan pemikiran sendiri. Nak bagi positif, nak motivate diri sendiri bila selalu je datang negative thoughts, kerisauan dan lain-lain. Bila fikir future, etc. ya Tuhan tak boleh tidur malam tahap dia punya stress. Sampai gugur rambut. Hah yang ni memang takde siapa pun tahu. Melainkan tuan empunya diri dan Penciptanya sahaja yang tahu. Hehehe. Sakit tahu tak bila tak boleh tidur malam. Bila pejam mata, otak tak nak berhenti berfikir, tak nak berehat, terfikir dan terbayang macam-macam. Bila siang, dia jadi mengantuk tak terkata sebab malam tak dapat tidur. Sikiittt lagi nak pergi jumpa doctor. Ehhh! Kau ni tak payah over. Hahahah.


Jadi, tak payah lah sebok-sebok nak menambahkan tekanan yang dah sedia ada tu. Nanti meletop, sia-sia je terkena tempias dia. Kalau nak menolong takpe lah jugak, ini tidak. Cakap je lebih. Boleh blah!


Nampak biasa je kan kat facebook, kat insta, caption gelak-gelak memanjang. Yes, that’s me. Biasanya caption tak boleh kalau takde “haha, hihi, hehe, hoho, hiks, lol dan lain-lain” tu. Wajib. Tapi di hati, Tuhan je tahu. Tengah sedih, nak nangis, kecewa, marah selalu orang tak tunjuk. Kalau ada pun yang tunjuk, orang tu bukan Su. Kalau tengah bad mood, selalu tak online atau pun duk baca status orang lain, tak post status sendiri. Sebab takut tak sedar tersebar aib orang atau aib sendiri. Astaghfirullah.. Jadi elakkan lah share status di mana-mana laman sosial kalau tengah marah atau bengang dengan sesiapa. Tunggu lah sekejap. Dah reda nanti tak rasa nak maki pun. Kalau nak post status pun, boleh berfikir banyak kali sebab masa tu dah boleh fikir waras sikit. Kan??


Tapi tu lah. Semua orang boleh sabar tapi sabar manusia ni pun ada limit dia. Sebab kita ni masing-masing ada situasi kita sendiri yang tak semuanya sama. Rezeki pun masing-masing. Ingat tu. Ada sebabnya lah awak hidup begitu, saya hidup begini. Ada hikmah Allah buat aturan hidup kita masing-masing berbeza. Dah tak payah nak sebok sangat dengan hidup orang. Pergi sana main jauh-jauh. Huahaha


25|03|16, Jumaat



0 comments: