I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, May 24, 2016

Ada Lagi Ke Orang Baca Blog?

Assalamualaikum


Hari tu ada terbaca dekat twitter, satu tweet ni : “zaman sekarang ni ada lagi ke orang baca blog?” Haha. Memang rasa macam dah takde lagi dah kut orang yang rajin baca blog. Kecuali blog kawan-kawan atau kita nak baca sesuatu isu yang tengah hot masa tu, baru bukak blog. Tu pun lepas search kat google kan. Kalau dulu, masa zaman blog dan berblogging tengah “up-to-date” (masa tu la) memang rajin je cari blog yang best-best nak baca. [zaman su study kat UKM, blog tengah top masa tu heheh]


Sekarang ni, su masih rajin jugak nak baca blog kawan-kawan tapi sesenyap je la. Tak bagitahu pun tuan blog. Sebab su ni memang sejenis silent reader. Baca lah apa pun, jarang sangat nak tinggal komen. Kecuali tengah excited atau rindu, nah! Tetiba ada komen sebijik dekat situ. Haha. Bukan dekat blog je tau perangai macam ni, dekat facebook ke, twitter atau instagram pun sama. Dia tetiba je sampai mood nak tinggal komen kat gambar or status orang. Tapi kebiasaannya and most of the time, I’m a silent reader. Baca, tanpa tinggalkan jejak. Gitewww


Sebab tu, kadang-kadang kalau terbaca (kalau lah) orang duk kutuk ke apa ke, buat tak tahu je. Padahal tahu. Buat-buat lah tak tahu supaya orang tu ingat kita tak tahu. Jadi dia punya sakit hati mesti lagi hebat. KAHKAH. Takla. Kita yang tak jadi sakit hati sebab buat-buat tak tahu terus lupa lepas tu. Tak jadi nak sentap. Heheh


Apa yang su perasan, sekarang orang pandang negative lah dekat blogger-blogger ni. Sebab apa? Sebab ada segelintir blogger [BUKAN SEMUA] yang suka sangat tulis benda tak betul dan buat fitnah. Dia jadi fitnah bila benda atau sesuatu perkara tu belum sahih, dah semangat kau buat cerita. Siap tokok tambah macam-macam. Mana tak jadi fitnah! Lagi-lagi kalau orang percaya. Heh pergi bertaubat sana!


Dan tajuk bukan main lagi kebabOm sebab nak bagi orang masuk blog dia, dan trafik pun meningkat [ya kut traffic, blog pun ada traffic lah agaknya] klik atau ter-klik link iklan bla..bla.. terus dapat income. Hah camtu lah ceritanya kut terlebih terkurang. Hahah.  Malas nak explain, siapa ada blog dan pernah tepek iklan [termasuk lah yang tengah typing ni] dia tahu la pasal iklan-iklan ni semua. Kita dulu pun ada rakan blogger jugak yang ajar. Sambil menyelam minum air. Tulis-tulis blog, tada dapat duit. Tapi tak pernah lah dapat rasanya, tak pernah check bank acc. Haha. Dulu. Sekarang dah takde nak iklan apa-apa dah. Tak berminat. Jadi, blog ini tak mendatangkan keuntungan pun kepada su dari segi kewangan ya. Hehe


Berbalik dan kembali kepada niat asal berblog, nak share the truth. Apa-apa sahaja lah yang benar. Sebab cerita pasal kehidupan sendiri, rasanya belum ada lagi drama-drama penipuan yang tidak benar dalam blog ni mahupun cerita rekaan. Semuanya memang betul-betul terjadi. Dan nak kongsi apa sahaja yang boleh mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang lain yang terbaca blog ni. InshaAllah semoga dapat lah sahamnya di sana nanti. Sekadar berkongsi apa yang berlaku dalam hidup seharian, pengalaman, luahan rasa, luahan hati, pahit manis kelat hidup seorang yang bernama Suraiza ni. Takde lah menarik mana pun, tapi mungkin ada yang boleh diambil sebagai pengajaran dan jadi kenangan untuk masa depan. Kut lah anak cucu nak baca nanti. Eheh


Mana lah tahu, ada silent reader yang rindu su! HAHAHAHAH







0 comments: