I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, May 12, 2016

Nak Nasihat Sikit!

Assalamualaikum


Alhamdulillah, banyak betul masa di dalam hidupku ini bersama-sama dengan Mak Abah. Ini rezeki namanya! Tak semua orang akan dapat rezeki yang macam ini.


Ada orang kerja sampai malam balik rumah tidur dan apabila weekend sahaja keluar entah kemana, bertemu stranger(s). Setiap hujung minggu! Tak ada masa untuk ibu bapa, family, etc. Ada orang pentingkan diri. Ada orang riak dan menunjuk dengan apa yang dia ada all the time. Ya, setiap masa. Kalau boleh SEMUA nak tunjuk dekat orang bagi satu dunia tengok. Bangga followers ramai, notification like tak berhenti.


Tahu, tak baik berburuk sangka. Pernah cakap dekat previous post. I know. But this time, ya Tuhan…memang keterlaluan. Bersederhana kan lebih baik. Kurangkan sikit sifat menunjuk tu.


Betul lah, memang ada hikmah setiap aturan Allah dalam hidup kita masing-masing. Dah nampak apa yang tak baiknya bila ada banyak duit, harta, kerja hebat [kononnya] tapi tanpa sedar Allah tengah uji. Berlagak dan bangga serta riak sangat dengan kepunyaan engkau tu kan sekarang ni, takut-takut Allah ambil balik. Bukan lah nak doa yang tak baik, tapi kenalah sentiasa beringat. Kita, kalau dekat atas, tak selamanya lah kita akan berada di tempat yang sama. Esok lusa entah ke bawah. Silap hari bulan ke bawah tanah terus. Jadi, belajarlah hormat orang. Terutama yang lagi tua dari kau. Duit kalau banyak mana pun, tapi tak guna untuk benda yang betul..sebok nak menunjuk aje, takut sangat nanti menangis tak berlagu. Bukan nak kata tak elok banyak harta atau banyak duit. Baguslah, Alhamdulillah rezeki Allah bagi atas usaha kita masing-masing. Tapi. Tapi gunalah baik-baik. Untuk perkara yang baik-baik. Bukan untuk menunjuk, riak, apatah lagi merendah-rendahkan orang lain.


Sebab kita boleh nampak, kalau kita sedang berada dalam situasi dia adakah kita akan jadi macam dia jugak? InshaAllah tak. Sebab kita dah nampak akibat dan kesan perbuatan dia pada orang lain. Banyak-banyak doa supaya tak jadi macam dia dan tak diuji Allah macam dia. 


Tahu tak, bila difikir-fikir balik… situasi sekarang ni memang nikmat dan anugerah Allah. Entah kenapa nak stress sangat sebelum-sebelum ni. Padahal, ini lah peluang nak kumpul pahala baaaaanyakkk-banyak dan berbahagia! Itulah, sebok sangat bawak masuk kata orang dalam otak lalu terus letak dalam hati. Kan sendiri yang rugi.


JANGAN PEDULI KATA ORANG YANG MENJATUHKAN. TAPI AMBIL KATA ORANG YANG POSITIF, OPTIMIS, MENAIKKAN SEMANGAT DAN NASIHAT YANG BAIK. NASIHAT. BUKAN KRITIKAN DAN HINAAN YANG MENGHINA DAN MENJATUHKAN.





Picture credit :  Heart Centered Rebalancing (Facebook)



0 comments: