I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, May 9, 2016

Yakin Dan Percaya

Assalamualaikum


Entah kenapa, suka sangat pulak dengan kata-kata ni. Ya Allah menusuk ke jiwa. Haaaa


“Cinta yang matang itu tidak perlu suara. Cukup dengan doa penghantar rasa. Kata-katamu kepada ilahi tentang dia sesungguhnya lebih bermakna daripada berkata-kata terus kepadanya. Cinta tanpa doa adalah cinta yang pura-pura!”


Sayang mak abah, doa.
Sayang keluarga, adik-beradik, doa. 
Sayang kawan-kawan, doakan diorang.
Doakan guru-guru kita jugak.
InshaAllah tenang hati.


Selalu kalau ada orang sakitkan hati, memang mula-mula tu rasa geram nak maki je. Tak payah cakap orang lain, diri sendiri ni pun macam tu lah jugak. Sumpah seranah dalam hati. Astaghfirullah. Tapi… bila dah dapat ketenangan tu balik, terutama masa solat memang akan doakan dia. Dia tu merujuk kepada orang yang sakitkan hati tadi tu lah. Mintak Allah ampunkan dia dan bagi dia petunjuk bagi dia hidayah. Hah kan best kalau ada orang buat macam ni jugak dekat Su. Sebab kenkadang tak dapat control jugak marah ni terlepas juga benda tak patut tak sedap didengar. Heheh bahaya betol!



Credit : Facebook Ustaz Pahrol Mohamad Juoi




p/s – I need your doa. Please, pray for me.  


0 comments: