I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, June 24, 2016

Kari Ikan Tenggiri dengan Bendi dan Terung


Assalamualaikum


Sedap betul kari ikan tenggiri ni. Makan pulak dengan telur masin dan sambal kicap. Bertambah-tambah bila ada pulak sayur terung dengan bendi. Memang favourite Su lah.


Bahan-bahan :

Ikan tenggiri
Serbuk kari ikan
Cili kering *rebus* + Bawang besar + Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Serai (ketuk)
Santan
Bendi
Terung (belah dua dan potong serong)
Daun Kari
Sedikit Air
Asam keping (2-3 keping)
Garam


Cara :

1. Gaulkan serbuk kari ikan dan bahan kisar dengan sedikit air serta daun kari. Tumiskan bahan-bahan yang digaulkan tadi. Tumis sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan garing.
2.  Selepas itu, boleh lah masukkan santan serta sedikit air dan serai. Kacau rata.
3.  Masukkan pula ikan tenggiri dan asam keping.
4.  Kemudian boleh masukkan terung dan bendi.
5.  Perasakan dengan sedikit garam.




Thursday, June 23, 2016

Bendi Goreng Telur


Assalamualaikum
 

Masak untuk sahur hari tu.
Senang dan cepat! Sedap pulak tu.
Makan panas-panas dengan nasi panas. Hoiii. Bertambah-tambah!





Bendi
Telur (kacau)
*Cili api (tumbuk)
*Bawang merah/besar (tumbuk)
*Bawang putih (tumbuk)
Serbuk pati ikan bilis
Garam


1. Tumis bahan tumbuk (*) dan tambahkan serbuk pati ikan bilis
2. Perasakan dengan sedikit garam
3. Masukkan bendi. Gaul sekejap
4. Masukkan telur. Biarkan seketika. Kacau


Dah siap!





Bendi tu Mak pesan kalau tak nak dia berlendir sangat, lepas basuh tu biar kering dulu baru potong. Dia tak boleh kena air memang susah nak potong kecil-kecil nanti. So, basuh la bendi tu siap-siap kalau nak masak. Basuh awal-awal ya.



Selamat bersahur!

Tuesday, June 21, 2016

Ayam Masak Merah – Resepi Mak (So Simple)



Assalamualaikum


Buka puasa dengan ayam masak merah. Memang favourite seisi rumah kecuali Abah. Abah tak suka kalau masak sambal letak sos cili atau tomato. Ayam masak merah memang letak sos, jadi bukanlah kesukaan Abah menu ni. Kalau buat ayam sambal yang biasa tu, memang Abah suka.


Ayam (bersihkan & potong kecil) –gaul dengan garam dan kunyit
Cili kering *rebus* + bawang besar + bawang putih (kisar semua)
Bawang besar (potong bulat)
Serai (ketuk)
Halia (tumbuk/blend)
Sos cili & sos tomato
Sedikit air
Garam & Serbuk Kunyit


1. Goreng ayam yang telah digaram dan kunyit sampai separuh masak. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar dan halia sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili dan tomato.
4. Masukkan serai dan bawang besar. Tambah sedikit air. Biarkan air kering sedikit.
5. Tambahkan sedikit garam.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan seketika.


Siap!




Monday, June 20, 2016

Goreng Tumis King Oyster Mushroom dengan Sos Tiram


Assalamualaikum


First time ni masak dan makan cendawan king oyster ni. Sedap sangat hokey! Thanks kak long bawak balik cendawan sedap ni all the way from Melaka. Beli dekat pasar. Sebab dah sedap sangat, beli pulak lagi dekat tesco Ampang ni ha. Ada je tapi tak pernah pulak beli sebelum ni sebab tak pernah makan kan. Ingatkan dekat pasar je ada. HAHA. Sekali dah try makan, sedap pulak. Adik ipar kak long masak dengan sos tiram. So lets!


Bahan-bahan :

King Oyster Mushroom (bersihkan dan potong kecil)
Carrot (bersihkan dan potong bulat)
Bawang besar & bawang putih (tumbuk/blend)
Sedikit halia (tumbuk/blend)
Sos tiram
Serbuk pati ikan bilis
Garam
Sedikit Air





Cara :

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan carrot dan sedikit air.
3. Biarkan air kering sedikit.
4. Tuang sos tiram dan tambahkan sedikit serbuk pati ikan bilis.
5. Akhir sekali masukkan cendawan dan tambah sedikit garam. Jangan lama-lama cendawan tu sangat lembut. Siap!





Wednesday, June 15, 2016

Sup Ayam – RESEPI MAK

Assalamualaikum


Resepi Mak ni senang tak payah tumis. Rebus je. Macam nak buat sup ayam ni. Tak perlu tumis-tumis. Sebab Mak kata, nanti ayam tu keluarkan jugak lemak dia. LOL. Kalau tumis kan pakai minyak. Bertambah-tambah lah lemak dalam sup kita tu nanti. KATA MAK. Betul lah, nanti nampak berminyak je sup tu walaupun kita tak tumis.


Memang bertambah-tambah Su makan kalau buat sup ayam ni. Sebab sup-sup ni memang favourite. Apa aje sup, tomyam, I telan. HAHAHA. Memang suka!


Sebab kita dah jadi tukang masak kat rumah ni, selalu lah Su masak sup ayam ni. Buat sambal kicap pekat version sambal kicap johor tu plus buat bawang goreng sendiri. Tudiaaaa! Tak sempat makan sahur, habis dah. HEHEH


Bahan-bahan :
-      
           1 ekor Ayam (1/2 ekor pun boleh juga)
-          3-4 sb Bawang putih yang dah siap diblend (lebih pun takpe, lagi sedap)
-          2-3 sb Halia (blend/tumbuk)
-          1 biji Kentang (saiz besar)
-          2 biji Tomato
-          2-3 bungkus Sup bunjut Adabi
-          2-3 keping Asam keping (kalau kecil, letaklah lebih)
-          Air
-          Sedikit Garam
-          Sedikit Daun sup


Cara-caranya :

1) Bersihkan ayam yang telah dipotong. Masukkan terus ke dalam periuk. Tambah air, bawang putih dan halia siap-siap. Letak atas dapur. Hidupkan api. (Memang tak letak bawang besar atau bawang merah resepi Mak ni, tapi boleh je kalau nak letak. Kut la dah biasa masak letak bawang kan, pelik pulak karang perasaan tu bila masak tak letak bawang. Keke)
2) Kemudian, masukkan kentang. Kentang kena masuk awal-awal. Lambat nak empuk.
3) Masukkan sup bunjut Adabi. (Adabi paling best sup bunjut dia)
4) Tomato, asam keping dan daun sup masukkan la akhir sekali.
5) Perasakan dengan sedikit garam dan biarkan mendidih sekejap.


DAH SIAP! Senang je kan.


Bawang goreng kalau nak bagi rangup, gaulkan dengan tepung gandum sikit. Hah barulah krup krap bawang goreng tu nanti. Selalu Su tambah garam sikit. Sikit je. Tak letak pun takpe OK. Karang ada pulak yang komplen darah tinggi makan garam banyak-banyak. HAHAH. Nak lagi sedap tambah la bawang putih sikit dalam bawang goreng korang tu. Confirm kebabom rasa dia. :P 





Monday, June 13, 2016

Resepi Petola Rebus Air

Assalamualaikum


Hari kedua puasa, berbuka ringkas dan simple sahaja. Alhamdulillah. Yang penting tak membazir. Siapa yang kenal Su ni tahulah Su ni penjimat orangnya. Bukan kedekut. Haha. Suka berjimat dan sangat tak suka pembaziran, makanan terutamanya.


Ayam goreng berempah, sambal ikan bilis tumbuk cili padi, dan petola rebus air.




Nak kongsi resepi PETOLA REBUS AIR / MASAK AIR. Senang je aih. Pejam mata pun jadi. Gitewww. HAHAHA


-          2 biji petola
-          ½ biji Bawang besar / 1 biji bawang merah (tapi dekat rumah ni biasa masak pakai bawang besar tu je senang)
-          2 ulas Bawang putih
-          2-3 helai Daun kunyit (lebih pun takpe. mesti ada, sebab nanti daun kunyit ni la yang buat masak petola kita ni boleh hirup-hirup ratah-ratah je lepas ni. sedap betol!)
-          Suhoon & Fucuk (rendam dalam air sebelum masak)
-          Air
-          Sedikit serbuk pati ikan bilis
-          Garam


Cara dia :
1) Bersihkan dan potong petola. Masukkan siap-siap dalam periuk.
2) Masukkan sekali bawang besar, bawang putih dan air.
3) Rebus atas dapur. SENANG KAN. Tak payah tumis-tumis. Barulah sihat. Hehehe
4) Lepas tu, jangan lupa masukkan pulak suhoon & fucuk dengan daun kunyit.
5) Taburkan sedikit garam dan serbuk pati ikan bilis.
6) Agak-agak dah masak, tutup api. SIAP!








Tuesday, June 7, 2016

Pajeri Nenas Mak – Resepi


Assalamualaikum


Alhamdulillah selamat 1 hari kita berpuasa. 6/6/2016 cantik tarikh kita start puasa tahun ni. Dan tahun ni untuk hari pertama puasa, buat pertama kalinya dalam hidup Su masak pajeri nenas. Haha first time ni. Ikut resepi my Mom la of course. Tak banyak bahan tapi sedap hokey!


Bahan-bahan :
-          2 biji nenas (saiz kecil – potong bulat dan belah 2)
-          Cili kering (rebus) + Bawang besar + Bawang putih (Kisar ketiga-tiga bahan ni)
-          Serbuk kari daging (4-5 sudu besar)
-          Santan (1 kotak kecil)
-          Air (banyak pun takpe)
-          Halia (agak-agak je la, tapi Su letak lebih sebab kita ni sejenis makhluk pengsuka halia)
-          Serai (3 batang, ketuk)
-          Kerisik (1 paket kecil)
-          Garam & Gula (secukup rasa)
-          Minyak masak


Cara-cara :
1) Gaulkan serbuk kari daging, halia yang telah ditumbuk dan bahan kisar di dalam mangkuk dan ditambah sedikit air. Gaul rata.
2) Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah digaulkan tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
3) Masukkan serai yang telah diketuk.
4) Kemudian masukkan pula santan dan air serta nenas yang telah dipotong tadi.
5) Perasakan dengan garam dan gula.
6) Agak-agak air dah kering sikit, bolehlah masukkan kerisik. Kacau sentiasa. Kalau tak, melekat nanti dekat kuali.
7) Nampak dah pekat tu, tutup api. Siap!



Senang je rupanya. Ingatkan complicated sangat macam nak buat rendang tu. Heheh. Ada lagi pajeri nenas bukak puasa tadi simpan untuk sahur esok. Alhamdulillah, boleh buat lagi lah lepas ni. Pajeri nenas ni sebenarnya memang favourite Mak. Tapi Su lagi suka pajeri terung. Nak try buat lah nanti.