I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, June 7, 2016

Pajeri Nenas Mak – Resepi


Assalamualaikum


Alhamdulillah selamat 1 hari kita berpuasa. 6/6/2016 cantik tarikh kita start puasa tahun ni. Dan tahun ni untuk hari pertama puasa, buat pertama kalinya dalam hidup Su masak pajeri nenas. Haha first time ni. Ikut resepi my Mom la of course. Tak banyak bahan tapi sedap hokey!


Bahan-bahan :
-          2 biji nenas (saiz kecil – potong bulat dan belah 2)
-          Cili kering (rebus) + Bawang besar + Bawang putih (Kisar ketiga-tiga bahan ni)
-          Serbuk kari daging (4-5 sudu besar)
-          Santan (1 kotak kecil)
-          Air (banyak pun takpe)
-          Halia (agak-agak je la, tapi Su letak lebih sebab kita ni sejenis makhluk pengsuka halia)
-          Serai (3 batang, ketuk)
-          Kerisik (1 paket kecil)
-          Garam & Gula (secukup rasa)
-          Minyak masak


Cara-cara :
1) Gaulkan serbuk kari daging, halia yang telah ditumbuk dan bahan kisar di dalam mangkuk dan ditambah sedikit air. Gaul rata.
2) Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah digaulkan tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
3) Masukkan serai yang telah diketuk.
4) Kemudian masukkan pula santan dan air serta nenas yang telah dipotong tadi.
5) Perasakan dengan garam dan gula.
6) Agak-agak air dah kering sikit, bolehlah masukkan kerisik. Kacau sentiasa. Kalau tak, melekat nanti dekat kuali.
7) Nampak dah pekat tu, tutup api. Siap!



Senang je rupanya. Ingatkan complicated sangat macam nak buat rendang tu. Heheh. Ada lagi pajeri nenas bukak puasa tadi simpan untuk sahur esok. Alhamdulillah, boleh buat lagi lah lepas ni. Pajeri nenas ni sebenarnya memang favourite Mak. Tapi Su lagi suka pajeri terung. Nak try buat lah nanti. 



0 comments: