I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, June 15, 2016

Sup Ayam – RESEPI MAK

Assalamualaikum


Resepi Mak ni senang tak payah tumis. Rebus je. Macam nak buat sup ayam ni. Tak perlu tumis-tumis. Sebab Mak kata, nanti ayam tu keluarkan jugak lemak dia. LOL. Kalau tumis kan pakai minyak. Bertambah-tambah lah lemak dalam sup kita tu nanti. KATA MAK. Betul lah, nanti nampak berminyak je sup tu walaupun kita tak tumis.


Memang bertambah-tambah Su makan kalau buat sup ayam ni. Sebab sup-sup ni memang favourite. Apa aje sup, tomyam, I telan. HAHAHA. Memang suka!


Sebab kita dah jadi tukang masak kat rumah ni, selalu lah Su masak sup ayam ni. Buat sambal kicap pekat version sambal kicap johor tu plus buat bawang goreng sendiri. Tudiaaaa! Tak sempat makan sahur, habis dah. HEHEH


Bahan-bahan :
-      
           1 ekor Ayam (1/2 ekor pun boleh juga)
-          3-4 sb Bawang putih yang dah siap diblend (lebih pun takpe, lagi sedap)
-          2-3 sb Halia (blend/tumbuk)
-          1 biji Kentang (saiz besar)
-          2 biji Tomato
-          2-3 bungkus Sup bunjut Adabi
-          2-3 keping Asam keping (kalau kecil, letaklah lebih)
-          Air
-          Sedikit Garam
-          Sedikit Daun sup


Cara-caranya :

1) Bersihkan ayam yang telah dipotong. Masukkan terus ke dalam periuk. Tambah air, bawang putih dan halia siap-siap. Letak atas dapur. Hidupkan api. (Memang tak letak bawang besar atau bawang merah resepi Mak ni, tapi boleh je kalau nak letak. Kut la dah biasa masak letak bawang kan, pelik pulak karang perasaan tu bila masak tak letak bawang. Keke)
2) Kemudian, masukkan kentang. Kentang kena masuk awal-awal. Lambat nak empuk.
3) Masukkan sup bunjut Adabi. (Adabi paling best sup bunjut dia)
4) Tomato, asam keping dan daun sup masukkan la akhir sekali.
5) Perasakan dengan sedikit garam dan biarkan mendidih sekejap.


DAH SIAP! Senang je kan.


Bawang goreng kalau nak bagi rangup, gaulkan dengan tepung gandum sikit. Hah barulah krup krap bawang goreng tu nanti. Selalu Su tambah garam sikit. Sikit je. Tak letak pun takpe OK. Karang ada pulak yang komplen darah tinggi makan garam banyak-banyak. HAHAH. Nak lagi sedap tambah la bawang putih sikit dalam bawang goreng korang tu. Confirm kebabom rasa dia. :P 





0 comments: