I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, August 24, 2016

BFF Wedding – Huda & Fahsha

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Seorang lagi ahli Betique dah kahwin! Haha..


Huda dah selamat jadi isteri Fahsha pada 15 Julai 2016 (Jumaat) di Masjid Fatimah Azzahra, Taman Kosas. Masjid depan sekolah kitorang tu lah. Selepas Asar. Dihadiri oleh semua respective bridesmaids and Huda’s family of course, sahabat-sahabat lama Mama Huda dan juga Mami Azreen (since Ryn kerja di Terengganu, so auntie datang sebagai wakil). Selepas akad, Huda terus cakap dekat Su.. “Dah ke Su? Kita dah jadi isteri orang ke? Macam tak percaya. Betul ke ni? Tapi kita tak nangis pun, takpe ke.” HAHAHAHA. HUDAAAA!!!!! I love you! I should write all the details supaya tak lupa bila dah tua nanti lol :P :P :P




Dan ada seorang makcik ni datang berborak dengan Su bercerita pasal Huda masa kecik-kecik dulu. Dia jaga Huda and her brothers masa Mama Huda kerja. Masa tu diorang tinggal dekat Bukit Belacan. Dan katanya nak jodohkan Huda dengan anak dia tapi tak kesampaian. Haha. Dan Huda masih tak tahu pasal cerita ni sebab takde masa lagi nak cerita dekat dia. Heheh


Yeay tinggal 2 lagi. Azreen dulu lah ni, lepas tu baru Su join the club. InshaAllah. Pray for us. Hiks


Sekali lafaz sahaja ya dengan berwalikan abang sulung Huda. Urusan pernikahan Huda ni yang Su tengok paling mudah dan cepat kalau nak dibandingkan dengan pernikahan orang lain yang pernah Su hadiri sebelum ni. Sangat-sangat mudah. Alhamdulillah Allah mudahkan untuk Huda dengan Fahsha.


With pengantin baru and my new friends aka the bridesmaids during the solemnization


Esoknya, 16 Julai (Sabtu malam) majlis resepsi diadakan di The Event Place, One City Subang. Sebab Su jadi one of the bridesmaids haruslah pergi takkan tak pergi pulak kan. Dah la bff. Mau diingati tujuh keturunan nanti kalau tak pergi. Heheh. Sejak hari Khamis lagi dah sebok-sebok bridesmaid ni semua pergi malam berinai dekat rumah Huda. Nikah and reception mestilah wajib pergi. HAHAH




With Yana


Happy sangat dapat jadi bridesmaid Huda. Antara experience yang paling menggembirakan dan akan diingati sampai bila-bila. Dengan mama Huda, Auntie Ani (or sometimes Su panggil makcik hehe) yang sporting habis dan sangat baik hati dan memahami Su makhluk pendiam lagi penyepi ni HAHAH TQ Auntie! Bridesmaids and kawan-kawan UPM Huda yang sekepala dan sangat baik boleh ngam dan bekerjasama. Rajin pulak tu. Seronok betul. Dapat kawan baru punya ramai dalam masa beberapa hari. Sebab jadi bridesmaid, siap dapat dress and shawl free serta saguhati dari pengantin. Ya Tuhan..memang seronok betul lah wedding Puan Huda betik kita ni. HUAHAHAHA










With Qida


Last but not least, selamat berbahagia buat sahabat baik saya HUDA SABER dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah SWT. Kekal sehingga syurga jannatul Firdausi hendaknya. Aminnn.



1 comments:

C i k R e n e x said...

comel je ayat kawan su tu mse die tanya takpe ke tak nangis..hehe