I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, October 4, 2016

Mee/Bihun Sup - Resepi

Assalamualaikum


Resepi mee sup/bihun sup ni Su buat ikut suka hati sebab campur-campur resepi dekat internet. Dan ikut pengalaman sendiri je, pengalaman masak sup sebelum-sebelum ni. Haha


Bahan:
-      
            Isi ayam (potong kecil-kecil) & beberapa ketul tulang ayam
-          Bawang merah*
-          Bawang putih*
-          Halia*
-          Serbuk lada hitam*
-          Rempah sup* (su guna Faiza)
-          Kiub ayam/daging
-          Carrot
-          Mee kuning / bihun
-          Daun sup, daun bawang, bawang goreng
-          Minyak untuk tumis
-          Garam
-          Air


Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda * sebelum ditumis sehingga naik bau.
2. Bila bahan tumis dah pecah minyak dan naik bau, bolehlah dituang air dan masukkan ayam.
3. Masukkan kiub ayam dan didihkan sup sehingga ayam masak.
4. Tambahkan carrot (atau sayur lain yang disukai).
5. Perasakan dengan garam. Siap!





Su buat begedil juga sebab teringat makan soto dekat rumah Mak Usu raya hari tu, sedapnyaaa lah begedil Pak Usu buat. Lama tak buat sendiri. Resepi biasa dan sama je macam orang lain buat.




Guna bahan macam daging kisar, kentang, daun sup, daun bawang, bawang goreng. Tambah sikit serbuk kari daging dengan lada sulah. Celup dalam telur, goreng. Nah gambar!











p/s – su goreng siap-siap daging kisar, serbuk kari dengan lada sulah baru campur dengan kentang lenyek.







0 comments: